Loading...

50 Buah Syarikat Lombong Gagal Perbaharui Lesen Di Lipis !

Loading...
50 Buah Syarikat Lombong Gagal Perbaharui Lesen Di Lipis ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 50 Buah Syarikat Lombong Gagal Perbaharui Lesen Di Lipis !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 50 Buah Syarikat Lombong Gagal Perbaharui Lesen Di Lipis !
link : 50 Buah Syarikat Lombong Gagal Perbaharui Lesen Di Lipis !

Baca juga


50 Buah Syarikat Lombong Gagal Perbaharui Lesen Di Lipis !



KUANTAN – Sebanyak 50 syarikat perlombongan gagal memperbaharui lesen mencari gali bijih emas dan besi yang diusahakan dalam kawasan hutan simpan kekal di tanah kerajaan di daerah Lipis.


Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri (JPNP), Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata, sikap cuai dan ambil mudah untuk tidak memperbaharui lesen antara yang dikesan dalam operasi lombong 4.0 di daerah itu yang diadakan sejak dua hari lalu.

Menurutnya, syarikat perlombongan yang beroperasi tanpa lesen boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 dan akta pihak berkuasa lain.


“Pengusaha perlu memperbaharui lesen melombong sebelum tamat tempoh kuat kuasa, bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang. Jika tiada lesen sah, kita tidak akan berkompromi dengan syarikat dan individu yang terbabit dengan aktiviti perlombongan dalam hutan simpan kekal di negeri ini secara haram tanpa memiliki permit atau lesen.

“Tindakan tegas menanti pihak terbabit, selain dikenakan denda peralatan dan jentera mereka turut akan dirampas. Lesen mencari gali bijih emas dan besi hanya dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG) sementara permit penggunaan hutan simpan bagi membabitkan jentera dan pekerja dikeluarkan jabatan perhutanan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

JPNP mengadakan operasi lombong 4.0 di daerah Lipis dan program empat hari itu disertai lebih 180 anggota pelbagai agensi kerajaan.

Selain kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang turut sama menyertai operasi berkenaan PTG, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Mineral Dan Geosains (JMG), Pejabat Daerah Dan Tanah Lipis, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Badan Kawal Selia Air (BKSA), Jabatan Imigresen dan Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia.

Mengulas lanjut mengenai operasi itu, Mohd Hizamri berkata, dalam operasi tersebut pihaknya telah melakukan pemeriksaan terhadap lebih 55 lombong yang berada dalam kawasan hutan simpan kekal dan tanah kerajaan seluas 60,000 hektar di daerah itu.

Jelasnya, selain gagal memperbaharui lesen cari gali bijih besi dan emas terdapat beberapa kesalahan lain dilakukan.

Bagaimanapun, pihaknya akan terus mengadakan ops lombong setiap tahun bagi memastikan semua syarikat perlombongan di negeri ini mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan kerajaan terutama membabitkan permit atau lesen.

Selain itu, pihaknya berjaya menahan tujuh pekerja warga asing yang berada dalam kawasan lombong tanpa permit.

“Mereka diserahkan kepada jabatan imigresen untuk tindakan selanjutnya, palung yang dibina secara haram turut dirobohkan,” katanya. #sumber


Demikianlah Artikel 50 Buah Syarikat Lombong Gagal Perbaharui Lesen Di Lipis !

Sekianlah artikel 50 Buah Syarikat Lombong Gagal Perbaharui Lesen Di Lipis ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 50 Buah Syarikat Lombong Gagal Perbaharui Lesen Di Lipis ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/04/50-buah-syarikat-lombong-gagal.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "50 Buah Syarikat Lombong Gagal Perbaharui Lesen Di Lipis !"

Catat Ulasan

Loading...