Loading...
Judul : Azmin - Rakyat Bukan Mahukan Perubahan Tempel-Tempelan !
link : Azmin - Rakyat Bukan Mahukan Perubahan Tempel-Tempelan !
Azmin - Rakyat Bukan Mahukan Perubahan Tempel-Tempelan !
MELAKA - Dalam era Malaysia Baharu masa ini rakyat bukan mahukan kerajaan membuat perubahan bersifat 'tempel-tempelan', sebaliknya rakyat mahukan perubahan yang memberi kesan substantif terhadap kehidupan mereka.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, rakyat tidak mahu sebuah kerajaan yang riuh berbicara tentang penjenamaan semula tetapi langsung tidak memberi apa kesan kepada mereka.
"Malaysia Baharu yang dimahukan rakyat adalah Malaysia yang mendayakan rakyat. Perubahan daripada kerajaan yang memperbodohkan rakyat kepada kerajaan yang peka dan bukan pekak kepada keperluan rakyat. Aspirasi rakyat kita penuhi dan sayangi rakyat.
"Sebagai kerajaan yang peduli rakyat, yang peduli usaha mendayakan rakyat kita fasilitate mereka. Kita mesti jadi kerajaan peka kepada isu rakyat seperti kos sara hidup dan sebagainya, rajin bekerja demi rakyat dan negara," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika berucap menyampaikan ucaptama bertajuk "Pembangunan Harapan Rakyat: Mekanisme Malaysia Baharu atau Satu Penjenamaan Semula" pada Seminar Melaka Berwibawa di Bandar Hilir di sini hari ini. #sumber
Demikianlah Artikel Azmin - Rakyat Bukan Mahukan Perubahan Tempel-Tempelan !
Sekianlah artikel Azmin - Rakyat Bukan Mahukan Perubahan Tempel-Tempelan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Azmin - Rakyat Bukan Mahukan Perubahan Tempel-Tempelan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/04/azmin-rakyat-bukan-mahukan-perubahan.html
0 Response to "Azmin - Rakyat Bukan Mahukan Perubahan Tempel-Tempelan !"
Catat Ulasan