Loading...

Datuk Dr Noraini Ahmad Akan Di Lantik Pengerusi PAC Baharu

Loading...
Datuk Dr Noraini Ahmad Akan Di Lantik Pengerusi PAC Baharu - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Datuk Dr Noraini Ahmad Akan Di Lantik Pengerusi PAC Baharu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Datuk Dr Noraini Ahmad Akan Di Lantik Pengerusi PAC Baharu
link : Datuk Dr Noraini Ahmad Akan Di Lantik Pengerusi PAC Baharu

Baca juga


Datuk Dr Noraini Ahmad Akan Di Lantik Pengerusi PAC Baharu


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Parit Sulong daripada Barisan Nasional (BN) Datuk Dr. Noraini Ahmad dijangka dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen pada sesi persidangan Dewan Rakyat kali ini.

Cadangan pemilihan itu disenaraikan di tempat ke sembilan dalam Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) Dewan Rakyat yang dikeluarkan hari ini.

Aturan mesyuarat itu menyebut Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad akan membuat cadangan itu bagi menggantikan Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee yang merupakan Pengerusi PAC sebelum ini.

Isu mengenai Pengerusi PAC Parlimen menjadi hangat apabila Ronald yang sebelum ini Ahli UMNO Sabah, bertindak keluar daripada parti dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), satu daripada komponen Pakatan Harapan (PH), bersama enam lagi wakil rakyat UMNO Sabah tahun lalu.

Ronald yang mempertahankan kerusi Parlimen Beluran sejak lima penggal atas tiket UMNO, dipilih sebagai Pengerusi PAC Parlimen buat pertama kali daripada blok pembangkang, berikutan janji manifesto PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang menetapkan Pengerusi PAC Parlimen mesti dipilih dalam kalangan Ahli Parlimen pembangkang.

Ketika ditanya pemberita di lobi parlimen hari ini mengenai cadangan penggantian itu, Mahathir berkata: "Kita telah berjanji anggota pembangkang (dilantik) sebagai Pengerusi PAC, tetapi apabila Kiandee tinggalkan Umno, kita tidak ada calon, jadi dia teruskan pada waktu itu."Kini kita sudah ada calon, kita kena tanya pada calon itu juga, sama ada beliau bersedia untuk mengambil tugas tersebut," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi PAC Wong Kah Woh yang mengesahkan perkara itu berkata, ia merupakan satu agenda dalam aturan mesyuarat, dan sekiranya aturan itu tidak berubah sehingga akhir sidang Parlimen, ia dijangka dibentang pada hari terakhir persidangan.

Juga sama ada agenda ini akan dibawa ke depan bergantung pada Parlimen, tambahnya.

Noraini ketika ditemui pemberita untuk mengulas perkara ini dengan ringkas berkata : "Tunggu sehingga usul dibawa ke Dewan Rakyat".  #sumber


Demikianlah Artikel Datuk Dr Noraini Ahmad Akan Di Lantik Pengerusi PAC Baharu

Sekianlah artikel Datuk Dr Noraini Ahmad Akan Di Lantik Pengerusi PAC Baharu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Datuk Dr Noraini Ahmad Akan Di Lantik Pengerusi PAC Baharu dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/04/datuk-dr-noraini-ahmad-akan-di-lantik.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Datuk Dr Noraini Ahmad Akan Di Lantik Pengerusi PAC Baharu"

Catat Ulasan

Loading...