Loading...

Dr Sahruddin Jamal Akan Laksana Tugas MB Dengan Tegas !

Loading...
Dr Sahruddin Jamal Akan Laksana Tugas MB Dengan Tegas ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dr Sahruddin Jamal Akan Laksana Tugas MB Dengan Tegas !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dr Sahruddin Jamal Akan Laksana Tugas MB Dengan Tegas !
link : Dr Sahruddin Jamal Akan Laksana Tugas MB Dengan Tegas !

Baca juga


Dr Sahruddin Jamal Akan Laksana Tugas MB Dengan Tegas !


KUANTAN - Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Dr Sahruddin Jamal akan melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar Johor yang baharu dengan tegas dalam membela nasib rakyat.

Beliau juga melahirkan rasa syukur kerana proses pertukaran Menteri Besar Johor berlaku dalam suasana yang baik dan teratur walaupun mendakwa terdapat sedikit keluh kesah pada peringkat awal.

Katanya, PKR sejak dari awal berpendirian kedudukan kerusi itu adalah milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan menyokong pelantikan Dr Sahruddin selaku Menteri Besar Johor.

"Kita ucapkan tahniah dan berharap (Dr Sahruddin) dapat meningkatkan prestasi untuk menjaga dasar dan kepentingan rakyat Johor," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pejabat Keadilan Pahang di Kuantan Avenue di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang Fuziah Salleh dan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah yang juga Anggota Parlimen Indera Mahkota.

Dr Sahruddin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong, hari ini dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-17 bagi menggantikan Datuk Osman Sapian yang meletak jawatan pada 8 April lalu.

Dr Sahruddin menerima surat tauliah pelantikan dan melafazkan sumpah menyandang jawatan dalam Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Johor, di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, pada 9.30 pagi hari ini.

Sementara itu dalam ucapannya pada majlis itu, Anwar juga menyifatkan pengunduran Osman daripada jawatan Menteri Besar sebagai bukti ketegasan kerajaan Pakatan Harapan.

"Mana ada dalam sejarah seorang Menteri Besar hanya 10 bulan... tapi ini berlaku kerana kita berjanji tidak akan tunggu jika ada kesilapan. Jika berlaku pada pentadbiran dahulu, adakah mereka akan lakukan yang sama," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Dr Sahruddin Jamal Akan Laksana Tugas MB Dengan Tegas !

Sekianlah artikel Dr Sahruddin Jamal Akan Laksana Tugas MB Dengan Tegas ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dr Sahruddin Jamal Akan Laksana Tugas MB Dengan Tegas ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/04/dr-sahruddin-jamal-akan-laksana-tugas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dr Sahruddin Jamal Akan Laksana Tugas MB Dengan Tegas !"

Catat Ulasan

Loading...