Loading...
Judul : Dua Beradik Sesat Mendaki Bukit Pelindung Di Temui Selamat !
link : Dua Beradik Sesat Mendaki Bukit Pelindung Di Temui Selamat !
Dua Beradik Sesat Mendaki Bukit Pelindung Di Temui Selamat !
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, kedua-dua mangsa masing-masing berumur 29 dan 22 tahun sebelum itu dilaporkan telah memasuki trek hutan bukit berkenaan untuk beriadah pada pukul 5.30 petang.
"Bagaimanapun kedua-dua mereka gagal dihubungi oleh ahli keluarga selepas itu menyebabkan salah seorang daripada saudara mangsa membuat laporan polis tentang perkara berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam ini.
Berikutan itu operasi mencari dan menyelamat telah dilakukan oleh pasukan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Persatuan Hiking Pahang dan ahli keluarga sebelum mangsa berjaya ditemui lima jam kemudian iaitu pada pukul 10.15 malam ini oleh orang awam.
Katanya, kedua beradik itu tidak mengalami sebarang kecederaan namun hanya keletihan dan telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk mendapatkan rawatan. #sumber
Demikianlah Artikel Dua Beradik Sesat Mendaki Bukit Pelindung Di Temui Selamat !
Sekianlah artikel Dua Beradik Sesat Mendaki Bukit Pelindung Di Temui Selamat ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dua Beradik Sesat Mendaki Bukit Pelindung Di Temui Selamat ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/04/dua-beradik-sesat-mendaki-bukit.html
0 Response to "Dua Beradik Sesat Mendaki Bukit Pelindung Di Temui Selamat !"
Catat Ulasan