Loading...
Judul : Facebook Hina Agong: Ketua Polis Negara Diarah Siasat Segera
link : Facebook Hina Agong: Ketua Polis Negara Diarah Siasat Segera
Facebook Hina Agong: Ketua Polis Negara Diarah Siasat Segera
Menteri berkenaan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, selain menghina Raja, tindakan menggubah gambar Yang di-Pertuan Agong adalah perbuatan yang melanggar undang-undang negara.
"Saya telah mengarahkan Ketua Polis Negara supaya menyiasat kes ini dengan segera dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membawa pelaku jenayah itu ke muka pengadilan," katanya dalam entri terbaharu di laman Facebook miliknya hari ini.
Beliau berkata, kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang negara dengan niat untuk mencetuskan keadaan yang tidak harmoni dalam masyarakat.
Beliau juga menyifatkan ia adalah satu perbuatan melampau yang tidak melambangkan tatasusila rakyat serta bercanggah dengan prinsip Rukun Negara.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga dilaporkan sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab susulan imej yang menghina itu dimuat naik di laman Facebook semalam. #sumber
Demikianlah Artikel Facebook Hina Agong: Ketua Polis Negara Diarah Siasat Segera
Sekianlah artikel Facebook Hina Agong: Ketua Polis Negara Diarah Siasat Segera kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Facebook Hina Agong: Ketua Polis Negara Diarah Siasat Segera dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/04/facebook-hina-agong-ketua-polis-negara.html
0 Response to "Facebook Hina Agong: Ketua Polis Negara Diarah Siasat Segera"
Catat Ulasan