Loading...

Inkues: Adib Mungkin Di Tarik Keluar Daripada Tempat Duduk !

Loading...
Inkues: Adib Mungkin Di Tarik Keluar Daripada Tempat Duduk ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Inkues: Adib Mungkin Di Tarik Keluar Daripada Tempat Duduk !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Inkues: Adib Mungkin Di Tarik Keluar Daripada Tempat Duduk !
link : Inkues: Adib Mungkin Di Tarik Keluar Daripada Tempat Duduk !

Baca juga


Inkues: Adib Mungkin Di Tarik Keluar Daripada Tempat Duduk !


SHAH ALAM - Bekas Pakar Perunding Kanan Forensik dan Patologi Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Prof. Dr. Shahrom Abd. Wahid merumuskan bahawa Muhammad Adib Mohd. Kassim mungkin ditarik keluar daripada tempat duduk penumpang hadapan semasa rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman dekat Subang Jaya, 27 November tahun lalu.

Beliau yang hadir sebagai saksi ke-29 tadi berkata, selain ditarik, mangsa berkemungkinan dihentak ke pintu van oleh sekurang-kurangnya tiga individu hingga mengakibatkan tujuh tulang rusuk belakang kirinya patah dan lebam pada paru-paru kiri.

Beliau memberitahu, rumusan dibuat berdasarkan luka sagat di dada kanan, belakang pinggang dan kepatahan tulang pada rusuk Muhammad Adib selain beberapa butang baju putus.

Menurutnya, kesan luka pada bahagian badan juga berpunca daripada daun pintu van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) telah diterajang menyebabkan luka sagat dan patah tulang tulang rusuk di dada kanan pada atas dan lebam paru-paru kanan.

"Daun pintu EMRS juga sekali lagi diterajang menyebakan dua kesan lebam pada bahagian hadapan atas lengan kanan.

"Bahagian belakang kiri badan mangsa ditolak dengan kuat mengenai bahagian sisi menegak daun pintu menyebabkan patah tulang-tulang rusuk kiri posterior dan lebam paru-paru kiri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Peguam Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Syazlin Mansor dihadapan Koroner Rofiah Mohamad.

Katanya, mangsa mati akibat kecederaan parah paru-paru kiri dan kanan kerana hentakan- hentakan trauma tumpul.

"Hentakan trauma tumpul ini adalah bukan akibat perbuatan diri sendiri tetapi akibat perbuatan dua atau lebih orang lain," ujarnya. #sumber


Demikianlah Artikel Inkues: Adib Mungkin Di Tarik Keluar Daripada Tempat Duduk !

Sekianlah artikel Inkues: Adib Mungkin Di Tarik Keluar Daripada Tempat Duduk ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Inkues: Adib Mungkin Di Tarik Keluar Daripada Tempat Duduk ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/04/inkues-adib-mungkin-di-tarik-keluar.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Inkues: Adib Mungkin Di Tarik Keluar Daripada Tempat Duduk !"

Catat Ulasan

Loading...