Loading...
Judul : Kaji Semula Keputusan Bebaskan Majikan Dituduh Bunuh Amah
link : Kaji Semula Keputusan Bebaskan Majikan Dituduh Bunuh Amah
Kaji Semula Keputusan Bebaskan Majikan Dituduh Bunuh Amah
Adelina Jerima Sau, 21, meninggal dunia kerana kegagalan pelbagai organ selepas didakwa didera majikannya di sebuah rumah di Bukit Mertajam tahun lepas.
Majikan itu, Ambika MA Shan, 61, terlepas dari hukuman mati selepas Mahkamah Tinggi dilapor membebaskan dia daripada tuduhan bunuh hari ini selepas timbalan pendakwaraya minta dia dilepaskan tanpa dibebaskan.
Pengarah (Pentadbiran) Program Kebajikan Khidmat Imigran (PKKI) Peka, Syed Azemmant S.A. Hamid dalam kenyataannya berkata, keputusan mahkamah itu adalah mengejutkan dan Jabatan Peguam Negara mesti kaji mengapa tiada keadilan untuk Adelina, walaupun terdapat bukti jelas.
Menurut Syed Azemmant lagi, mangsa seorang wanita yang dipaksa bekerja selama 2 tahun tanpa gaji. Tubuh wanita itu diganasi. Kematiannya bermakna sesuatu. “Mengapa mahkamah kita menghampakannya Mana keadilan untuk Adelina?” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya lagi, ketika kerajaan melancarkan perang terhadap penyeludupan manusia dan buruh paksa, menggugurkan kes itu menunjukkan tiada keadilan untuk mangsa seperti Adelina, yang didakwa didera di tempat kerja.
“Peka sedih dengan laporan ini. Kami tidak dapat bayangkan kesedihan dialami keluarga Adelina,” katanya.
Keadaan Adelina mula dikesan oleh seorang jiran. Jiran itu kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada seorang wartawan di Facebook. Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim kemudian menghantar pasukannya untuk menyiasat. Adelina ditemui dalam keadaan tangan dan kaki bernanah dan tidak boleh berjalan. Luka-lukanya nampak seperti tidak sembuh. Majikannya membawa dia ke Hospital Bukit Mertajam atas gesaan pasukan Sim.
Dia meninggal dunia selepas semalaman di hospital. Kes Adelina juga menarik perhatian media Indonesia. Peka menyifatkan kejadian itu sebagai “kemelesetan yang meluas dan berakar umbi” dalam masyarakat tentang layanan terhadap pekerja asing.
Terdahulu, Konsul Jeneral Indonesia di Pulau Pinang Iwanshah Wibisono, yang menghadiri prosiding mahkamah itu berkata, keluarga Adelina menerima gaji tertunggak sebanyak RM69,300 daripada bekas majikan. #sumber
Demikianlah Artikel Kaji Semula Keputusan Bebaskan Majikan Dituduh Bunuh Amah
Sekianlah artikel Kaji Semula Keputusan Bebaskan Majikan Dituduh Bunuh Amah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kaji Semula Keputusan Bebaskan Majikan Dituduh Bunuh Amah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/04/kaji-semula-keputusan-bebaskan-majikan.html
0 Response to "Kaji Semula Keputusan Bebaskan Majikan Dituduh Bunuh Amah"
Catat Ulasan