Loading...

Kerajaan Negeri Pahang Mengkaji Cadangan Eksport Tempoyak

Loading...
Kerajaan Negeri Pahang Mengkaji Cadangan Eksport Tempoyak - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan Negeri Pahang Mengkaji Cadangan Eksport Tempoyak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Negeri Pahang Mengkaji Cadangan Eksport Tempoyak
link : Kerajaan Negeri Pahang Mengkaji Cadangan Eksport Tempoyak

Baca juga


Kerajaan Negeri Pahang Mengkaji Cadangan Eksport Tempoyak


KUANTAN - Kerajaan Pahang sedang mengkaji untuk mengeksport tempoyak yang dihasilkan di negeri ini, dalam usaha mempromosi dan mengkomersialkan makanan tradisi itu.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata perkara itu telahpun dikemukakan semasa mesyuarat Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dua bulan lalu, dan kini dalam peringkat penelitian lebih rapi.

“Semasa mesyuarat itu, pihak ECER memaklumkan budu yang dieksport mendapat permintaan tinggi dan saya juga meminta mereka turut melakukan kajian sama untuk tempoyak dan mungkin juga masukkan dalam tiub seperti budu.

“Jika kajian itu berjalan lancar, kita akan mengeksport tempoyak ke luar negara tidak lama lagi,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Fadil Osman (BN-Kemayan) semasa sesi soal jawab pada persidangan penggal kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di sini hari ini.

Mohd Fadil sebelum itu bertanyakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi negeri, Datuk Seri Ir Mohd Soffi Abd Razak sama ada kerajaan negeri bercadang mengeksport masakan patin tempoyak.

Mohd Soffi sebelum itu memaklumkan masakan tempoyak yang dahulunya hanya dimakan di kampung-kampung kini menjadi satu hidangan makanan mempunyai nilai tinggi.

“Dahulu tempoyak dan ikan patin ini tidak ramai yang makan sebab katanya ikan makanan orang hulu, namun kini ia menjadi kegemaran ramai khususnya mereka tinggal di Kuala Lumpur.

“Ini dibuktikan apabila mereka berduyun-duyun pergi ke restoran dari Pahang yang menyajikan makanan itu di cawangan mereka di ibu negara seperti Gobang, Ana Ikan Bakar Petai dan Patin House.

“Maka, tidak hairanlah Pahang kini menjadi satu destinasi menarik khususnya kepada pelancong ingin menikmati makanan Pahang yang berasaskan masakan tempoyak serta ikan air tawar,” katanya.

Menjawab soalan asal Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin (PAS-Tahan) bertanyakan jumlah penternak ikan air tawar di Pahang dan bentuk bantuan diberikan, Mohd Soffi berkata sehingga kini terdapat 1,509 penternak berdaftar dengan Jabatan Perikanan Pahang.

“Antara bantuan diberikan kerajaan termasuk bantuan input seperti makanan dan benih ikan, peralatan sangkar serta sangkar menerusi Sistem Sokongan Akuakultur (SPeKS). Pada tahun lepas sahaja, RM689,170 juga disalurkan untuk membantu 40 penternak ikan air tawar ini.

“Dalam usaha untuk mengatasi masalah kenaikan harga makanan ikan ataupun pallet pula, kajian dilakukan untuk menghasilkan pallet berasaskan tumbuh-tumbuhan untuk menggantikan ‘pallet’ berasaskan sumber protein haiwan yang agak mahal,” katanya.

Sementara itu, kerajaan Pakatan Harapan (PH) digesa agar tidak bertolak ansur dan perlu mengenakan tindakan undang-undang lebih tegas terhadap pihak yang berani menghina Nabi Muhammad SAW, Raja-Raja Melayu serta agama Islam supaya perkara itu tidak berterusan.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Arif berkata hal itu perlu diambil serius semua pihak termasuk kerajaan PH yang mentadbir negara pada masa kini untuk mengelak tercetus perkara di luar kawalan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah (BN-Sungai Lembing) yang bertanyakan bentuk tindakan telah dan akan dikenakan kepada pengendali akaun Facebook memuat naik kenyataan menghina Yang di-Pertuan Agong. #sumber


Demikianlah Artikel Kerajaan Negeri Pahang Mengkaji Cadangan Eksport Tempoyak

Sekianlah artikel Kerajaan Negeri Pahang Mengkaji Cadangan Eksport Tempoyak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Negeri Pahang Mengkaji Cadangan Eksport Tempoyak dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/04/kerajaan-negeri-pahang-mengkaji.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kerajaan Negeri Pahang Mengkaji Cadangan Eksport Tempoyak"

Catat Ulasan

Loading...