Loading...

Laporan Polis Terhadap Perbuatan Hina Agong Di IPD Pekan !

Loading...
Laporan Polis Terhadap Perbuatan Hina Agong Di IPD Pekan ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Laporan Polis Terhadap Perbuatan Hina Agong Di IPD Pekan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Laporan Polis Terhadap Perbuatan Hina Agong Di IPD Pekan !
link : Laporan Polis Terhadap Perbuatan Hina Agong Di IPD Pekan !

Baca juga


Laporan Polis Terhadap Perbuatan Hina Agong Di IPD Pekan !


PEKAN - Anggota Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) cawangan Pekan hari ini membuat satu lagi laporan polis terhadap kumpulan Facebook yang menggelarkan diri Sabah-Sarawak Merdeka, kerana memuat naik imej yang menghina yang di Pertuan Agong di laman Facebook Khamis lepas.

Timbalan Pengerusi PBPM cawangan Pekan Mohd Zahari Abu Bakar yang ditemui berkata, perbuatan itu dianggap amat keterlaluan yang dilihat membelakangkan prinsip rukun negara iaitu kesetiaan kepada raja dan negara.

"Kita tidak mahu semakin hari kebebasan yang diberi memberi kesan negatif terutama golongan muda untuk tidak sensitif dengan perkara seperti ini.

“Sehubungan itu kami menggesa agar pihak berkuasa, mengenakan tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab dan membawa mereka ke muka pengadilan," katanya kepada Bernama selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan di sini, hari ini.

Katanya, persatuan yang mempunyai 138 ahli itu turut meminta orang ramai supaya tidak membuat tindakan di luar batasan dengan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menghukum mereka yang berkenaan mengikut undang-undang negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dalam kenyataan pagi tadi memaklumkan pihaknya sehingga semalam, telah menerima sebanyak 91 laporan berhubung perbuatan memuat naik gambar yang menghina Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang dilakukan kumpulan menggelarkan diri mereka sebagai ‘Sabah-Sarawak Merdeka’.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan, iaitu kesalahan bagi mana-mana orang yang melakukan perbuatan cenderung kepada cubaan menghasut dan jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-keduanya. #sumber


Demikianlah Artikel Laporan Polis Terhadap Perbuatan Hina Agong Di IPD Pekan !

Sekianlah artikel Laporan Polis Terhadap Perbuatan Hina Agong Di IPD Pekan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Laporan Polis Terhadap Perbuatan Hina Agong Di IPD Pekan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/04/laporan-polis-terhadap-perbuatan-hina.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Laporan Polis Terhadap Perbuatan Hina Agong Di IPD Pekan !"

Catat Ulasan

Loading...