Loading...

NGO Gesa Kerajaan Lebih Tegas Terhadap Lynas Corporation !

Loading...
NGO Gesa Kerajaan Lebih Tegas Terhadap Lynas Corporation ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul NGO Gesa Kerajaan Lebih Tegas Terhadap Lynas Corporation !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : NGO Gesa Kerajaan Lebih Tegas Terhadap Lynas Corporation !
link : NGO Gesa Kerajaan Lebih Tegas Terhadap Lynas Corporation !

Baca juga


NGO Gesa Kerajaan Lebih Tegas Terhadap Lynas Corporation !


KUANTAN - Kerajaan perlu mendesak Lynas Corporation Ltd (Lynas) supaya menghantar balik sisa buangan nadir bumi itu ke Australia, sebagaimana keputusan sebelum ini.

Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas (SMSL), Tan Bun Teet berkata, penghantaran sisa buangan itu perlu lakukan segera bagi memastikan warga Kuantan bebas dari sebarang ancaman kesihatan.

Menurutnya,jika kerajaan bertindak tegas terhadap Lynas,penghantaran sisa buangan nadir bumi itu pasti akan dipatuhi oleh syarikat berkenaan.

“Hari ini saya bersama lebih 60 NGO anti-Lynas telah satu memorandum mengingatkan kerajaan supaya berpendirian tegas ke atas Lynas dalam menunaikan janji mereka.


“Kami berdiri teguh di belakang Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan beberapa ahli Parlimen dalam memastikan perkara itu dipatuhi Lynas.

“Jika mereka (Lynas) masih berkeras, kita akan terus mendesak,” katanya ketika dihubungi.

Seramai 250 daripada 60 NGO anti-Lynas hadir ke perkarangan Parlimen, Kuala Lumpur bagi menghantar memorandum terbabit.

Memo terbabit diserahkan kepada Fuziah sebagai wakil kerajaan.

Antara yang terlibat ialah, Himpunan Hijau, Greenpeace Malaysia, Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia, Persatuan Aktivis Sahabat Alam, Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia), Sahabat Alam Malaysia, Persatuan Pengguna Pulau Pinang, North South Initiative, Center for Orang Asli Concerns, SMSL Segamat,Stop Lynas Coalition dan Gelombang Hijau serta lain-lain.





Sebahagian yang ahli NGO anti-Lynas yang hadir pada program penyerahan memorandum kepada kerajaan di pekarangan Parlimen, Kuala Lumpur, hari ini.


Beliau berkata, SMSL juga mahu kerajaan akan memastikan sebarang pemprosesan nadir bumi yang dilakukan di sini perlu diproses terlebih dahulu sebelum di bawa masuk ke Malaysia.

Jelasnya, pihaknya tidak mahu nadir bumi yang belum diproses di bawa masuk ke sini dan boleh menyebabkan lambakan sisa buangan bahan terbabit.

“Kami minta kerajaan segera bertindak selepas memorandum ini kami serahkan kepada wakil kerajaan,” katanya.

Sebelum itu, Menteri Pembangunan Usahawan, Redzuan Md Yusof dilaporkan berkata, Putrajaya belum membuat keputusan muktamad berhubung penghantaran balik sisa radioaktif Lynas ke Australia.

Katanya, keputusan Kabinet adalah jelas untuk membolehkan Lynas terus beroperasi dan cara menangani sisa buangan radioaktif adalah perkara berbeza.

Pada 4 April lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kabinet belum membincangkan kaedah pelupusan sisa radioaktif Lynas Malaysia, selepas pertikaian terbuka antara menteri ketika membincangkan masa depan syarikat nadir bumi Australia itu.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim,Yeo Bee Yin mempertahankan keputusan mengarahkan Lynas mengeluarkan sisa buangan radioaktifnya dari Malaysia atau lesennya tidak akan diperbaharui.

Bee Yin berkata, kerajaan sudah menubuhkan sebuah pasukan petugas untuk memudahkan proses penghantaran sisa Lynas ke Australia, pada 13 Disember lalu. #sumber




Demikianlah Artikel NGO Gesa Kerajaan Lebih Tegas Terhadap Lynas Corporation !

Sekianlah artikel NGO Gesa Kerajaan Lebih Tegas Terhadap Lynas Corporation ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel NGO Gesa Kerajaan Lebih Tegas Terhadap Lynas Corporation ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/04/ngo-gesa-kerajaan-lebih-tegas-terhadap.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "NGO Gesa Kerajaan Lebih Tegas Terhadap Lynas Corporation !"

Catat Ulasan

Loading...