Loading...

Pembantu Warung Gagal Kebumi Bayi Akibat Kesempitan Wang

Loading...
Pembantu Warung Gagal Kebumi Bayi Akibat Kesempitan Wang - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pembantu Warung Gagal Kebumi Bayi Akibat Kesempitan Wang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pembantu Warung Gagal Kebumi Bayi Akibat Kesempitan Wang
link : Pembantu Warung Gagal Kebumi Bayi Akibat Kesempitan Wang

Baca juga


Pembantu Warung Gagal Kebumi Bayi Akibat Kesempitan Wang


KUALA LUMPUR - Seorang pembantu warung tidak dapat menyempurnakan pengebumian bayi lelakinya yang meninggal dunia sejurus dilahirkan di sebuah hospital malam tadi hanya kerana tiada wang untuk membayar kos pengebumian sebanyak RM300 dipinta pengurusan jenazah sebuah surau.

Isteri kepada lelaki berkenaan dipercayai terjatuh di tandas dan menyebabkan bayi berusia lima bulan yang dikandungnya gugur.

Kisah menyayat hati itu dikongsi seorang aktivis gerakan Amal Team, Mohd Zulhairi Zainol, 34, atau lebih dikenali sebagai Hery menerusi akaun laman sosial Facebook miliknya.

Zulhairi menerusi hantaran di Facebooknya berkata, dia menerima panggilan daripada wakil sebuah hospital hari ini menyatakan ada sepasang suami isteri menghadapi masalah tidak cukup wang untuk mengebumikan mayat bayi lelakinya.

“Selepas mendapat panggilan daripada pihak hospital, saya bertemu dengan bapanya yang memberitahu dia cuba mengebumikan jenazah bayi lelakinya di tempat asalnya namun pihak pengurusan meminta bayaran RM300 sedangkan dia hanya mempunyai RM150 pada masa itu.

“Saya sebak dan sedih apabila mendengar kisahnya itu sedangkan urusan yang sepatutnya didahulukan adalah urusan pengebumian dan bukan urusan kewangan,” katanya.

Mohd Zulhairi berkata, dia kemudian mengambil jenazah bayi itu sebelum memandikan, mengkafankan dan mengebumikannya di sebuah tanah perkuburan.

“Sepanjang itu, hanya RM20 sahaja yang saya keluarkan bagi proses menggali dan mengebumikan mayat bayi lelaki berkenaan.

“Saya tersentuh melihat keadaan pasangan berkenaan yang tidak mampu mengebumikan jenazah anak mereka dan sudah menjadi kewajipan bagi umat Islam untuk membantu,” ujarnya.

Mereka yang ingin membantu operasi gerakan Amal Team boleh melayari akaun FB, Mohd Zulhairi Zainol. #sumber


Demikianlah Artikel Pembantu Warung Gagal Kebumi Bayi Akibat Kesempitan Wang

Sekianlah artikel Pembantu Warung Gagal Kebumi Bayi Akibat Kesempitan Wang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pembantu Warung Gagal Kebumi Bayi Akibat Kesempitan Wang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/04/pembantu-warung-gagal-kebumi-bayi.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pembantu Warung Gagal Kebumi Bayi Akibat Kesempitan Wang"

Catat Ulasan

Loading...