Loading...
Judul : Piala FA: Skuad Tok Gajah Buntu Sebelum Perdaya Budak “U” !
link : Piala FA: Skuad Tok Gajah Buntu Sebelum Perdaya Budak “U” !
Piala FA: Skuad Tok Gajah Buntu Sebelum Perdaya Budak “U” !
KUALA LUMPUR - Jaringan tunggal kapten Pahang, Matthew Davies pada lewat permainan sudah cukup untuk memimpin skuad Tok Gajah menempah slot suku akhir Piala FA apabila membenamkan cabaran UKM FC dengan keputusan 1-0 bagi pusingan ketiga di Stadium Kuala Lumpur, Cheras sebentar tadi.
Skuad bimbingan Dollah Salleh terlebih dahulu terpaksa memerah keringat apabila mereka hampir mendapatkan gol pembukaan menerusi sepakan gunting Jose Eduardo Almeida, namun percubaannya sekadar terkena palang pada minit ke-53 perlawanan.
Bagaimanapun, salah faham antara penjaga gol UKM FC, Khatul Anuar Md. Jalil bersama rakan sepasukannya, Alexandru Tudose dalam kotak penalti telah terperangkap dengan hantaran yang dilakukan Davies dari sebelah kiri yang terus memasuki gawang gol pada minit ke-85 perlawanan.
Keputusan tersebut sekali gus menyaksikan Pahang yang juga penyandang juara tahun lalu berjaya membawa misi pasukan ke pusingan seterusnya dalam usaha mempertahankan gelaran edisi 2018 selepas menundukkan Selangor 2-0 pada pentas final di Stadium Nasional, Bukit Jalil. #sumber
Demikianlah Artikel Piala FA: Skuad Tok Gajah Buntu Sebelum Perdaya Budak “U” !
Sekianlah artikel Piala FA: Skuad Tok Gajah Buntu Sebelum Perdaya Budak “U” ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Piala FA: Skuad Tok Gajah Buntu Sebelum Perdaya Budak “U” ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/04/piala-fa-skuad-tok-gajah-buntu-sebelum.html

0 Response to "Piala FA: Skuad Tok Gajah Buntu Sebelum Perdaya Budak “U” !"
Catat Ulasan