Loading...

Polis Akan Buat Siasat Pemandu Mengantuk Atau Ambil Dadah

Loading...
Polis Akan Buat Siasat Pemandu Mengantuk Atau Ambil Dadah - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis Akan Buat Siasat Pemandu Mengantuk Atau Ambil Dadah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis Akan Buat Siasat Pemandu Mengantuk Atau Ambil Dadah
link : Polis Akan Buat Siasat Pemandu Mengantuk Atau Ambil Dadah

Baca juga


Polis Akan Buat Siasat Pemandu Mengantuk Atau Ambil Dadah


SHAH ALAM - Polis kini menjalankan siasatan lanjut sama ada pemandu bas kilang mengantuk atau mengambil dadah sehingga berlakunya kemalangan yang meragut 11 nyawa termasuk lelaki itu dalam kejadian di Jalan S8 Pekeliling, Sepang dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, ini berikutan tiada kesan brek bas tersebut dikesan di kawasan kemalangan tersebut. 

"Tempat kejadian adalah simpang tiga dan kita masih belum mengenal pasti bagaimana kemalangan itu berlaku kerana pemeriksaan awal di lokasi kejadian tiada kesan brek kelihatan.

"Siasatan lanjut berkaitan kejadian masih dijalankan sama ada pemandu itu mengambil dadah atau mengantuk ketika kejadian. Perkembangan kes ini akan kita berikan dari semasa ke semasa,"katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.

Tambah beliau setakat pukul 10 tadi seramai 11 orang telah disahkan maut termasuk pemandu bas warga tempatan.

Katanya, mangsa yang cedera kini masih dirawat di Hospital Serdang, Putrajaya dan Kajang.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, 11 orang maut termasuk 10 pekerja warga asing selepas bas yang dinaiki mereka terbabas sebelum masuk ke dalam longkang di Jalan S8 Pekeliling dekat MASkargo Sdn. Bhd. (MASkargo) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini malam tadi.

Kejadian pada pukul 11.10 malam itu mengorbankan lima warga Bangladesh, dua warga Nepal, tiga orang wanita warga Indonesia dan seorang warga tempatan yang dipercayai pemandu bas pekerja itu.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah berkata, sewaktu kejadian, bas tersebut dipercayai mengambil 43 penumpang dari hostel mereka di Putra Nilai, Negeri Sembilan dan sedang dalam perjalanan menuju ke MASkargo. #sumber


Demikianlah Artikel Polis Akan Buat Siasat Pemandu Mengantuk Atau Ambil Dadah

Sekianlah artikel Polis Akan Buat Siasat Pemandu Mengantuk Atau Ambil Dadah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis Akan Buat Siasat Pemandu Mengantuk Atau Ambil Dadah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/04/polis-akan-buat-siasat-pemandu.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Polis Akan Buat Siasat Pemandu Mengantuk Atau Ambil Dadah"

Catat Ulasan

Loading...