Loading...

Polis Siasat Pelawak Pukul Pengawal Keselamatan Di Nilai !

Loading...
Polis Siasat Pelawak Pukul Pengawal Keselamatan Di Nilai ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis Siasat Pelawak Pukul Pengawal Keselamatan Di Nilai !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis Siasat Pelawak Pukul Pengawal Keselamatan Di Nilai !
link : Polis Siasat Pelawak Pukul Pengawal Keselamatan Di Nilai !

Baca juga


Polis Siasat Pelawak Pukul Pengawal Keselamatan Di Nilai !


NILAI - Seorang pelawak tanah air disiasat polis kerana disyaki memukul seorang lelaki warga emas berusia 68 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di taman perumahan Acacia Park Desa Jati di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, pelawak tersebut dipercayai menumbuk muka pengawal keselamatan itu sebanyak tiga kali sebelum menendang mangsa kerana ditegur tidak membuat catitan dalam buku pelawat sebelum memasuki kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd. Nor Marzukee Besar berkata, kes itu disiasat dibawah Seksyen 323 dan 427 Kanun Keseksaan dan polis telah meminta pelawak berkenaan untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai hari ini.

"Mangsa mendakwa semasa dia sedang bertugas di Pos Pengawal Acacia Park Desa Jati melihat sebuah kenderaan jenis Proton Perdana memasuki kawasan itu tanpa memberhentikan kenderaan dan menulis butiran diri dalam buku pelawat.

"Pengawal keselamatan itu kemudian menegur pemandu kereta tersebut semasa kenderaan itu mahu meninggalkan kawasan Acacia Park Desa Jati lalu berlaku pertengkaran," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. 

Mohd. Nor Marzukee berkata, pengawal keselamatan itu mendakwa pemandu kereta itu menumbuk mukanya sebanyak tiga kali sebelum menendang pinggangnya dan membaling batu ke arahnya.

Menurut beliau, artis berkenaan belum ditahan, namun siasatan sedang dijalankan berdasarkan maklumat saksi yang berada di tempat kejadian serta rakaman televisyen litar tertutup (CCTV).

Jelasnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyebabkan kecederaan dengan sengaja dan Seksyen 427 kanun yang sama atas kesalahan khianat merosakkan harta benda awam. #sumber





Demikianlah Artikel Polis Siasat Pelawak Pukul Pengawal Keselamatan Di Nilai !

Sekianlah artikel Polis Siasat Pelawak Pukul Pengawal Keselamatan Di Nilai ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis Siasat Pelawak Pukul Pengawal Keselamatan Di Nilai ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/04/polis-siasat-pelawak-pukul-pengawal.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Polis Siasat Pelawak Pukul Pengawal Keselamatan Di Nilai !"

Catat Ulasan

Loading...