Loading...

Seorang Rakyat Malaysia Maut Akibat Gempa Bumi Di Taiwan

Loading...
Seorang Rakyat Malaysia Maut Akibat Gempa Bumi Di Taiwan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Seorang Rakyat Malaysia Maut Akibat Gempa Bumi Di Taiwan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Seorang Rakyat Malaysia Maut Akibat Gempa Bumi Di Taiwan
link : Seorang Rakyat Malaysia Maut Akibat Gempa Bumi Di Taiwan

Baca juga


Seorang Rakyat Malaysia Maut Akibat Gempa Bumi Di Taiwan


PUTRAJAYA - Selepas bertarung nyawa selama sembilan hari, seorang rakyat Malaysia yang cedera sewaktu runtuhan batu ketika melancong Taroko Gorge National Park, Taiwan 18 April lalu disahkan meninggal dunia lewat malam tadi.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, mangsa, Choo Yip Chean, 44, menerima rawatan intensif selepas gempa bumi berukuran 6.1 skala Richter yang berlaku di Hualien sebelum meninggal dunia.

Jelasnya, beliau sudah bertemu dengan keluarga Yip Chean untuk menzahirkan simpati dan ucapan takziah atas kehilangan mangsa.

“Kementerian Luar melalui Pusat Dagangan dan Persahabatan Malaysia di Taipei ketika ini sedang membantu keluarga mendiang mengenai prosedur diperlukan mereka.

“Doa dan ingatan kepada keluarga dan rakan mendiang dalam mengharungi waktu sukar ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kementerian juga berharap pihak media dan orang awam dapat bekerjasama menghormati perasaan keluarga mendiang.

Sebelum ini, Kementerian Luar mengesahkan seorang pelancong rakyat Malaysia cedera berikutan gempa bumi berskala 6.1 dan 4.1 Richter yang melanda wilayah Hualien, Taiwan, masing-masing pada pukul 1.01 dan 1.17 tengah hari waktu tempatan.

Mangsa dilaporkan cedera akibat runtuhan batu ketika melawat Taroko Gorge National Park dan menerima rawatan di Hospital Hualien Tzu Chi.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, gempa bumi yang berlaku di Timur Taiwan tengah telah mencederakan dua orang termasuk seorang pelancong lelaki dari Malaysia. #sumber


Demikianlah Artikel Seorang Rakyat Malaysia Maut Akibat Gempa Bumi Di Taiwan

Sekianlah artikel Seorang Rakyat Malaysia Maut Akibat Gempa Bumi Di Taiwan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Seorang Rakyat Malaysia Maut Akibat Gempa Bumi Di Taiwan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/04/seorang-rakyat-malaysia-maut-akibat.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Seorang Rakyat Malaysia Maut Akibat Gempa Bumi Di Taiwan"

Catat Ulasan

Loading...