Loading...
Judul : SPRM: Rasuah, Pahang Berada Dalam Kedudukan Agak Baik !
link : SPRM: Rasuah, Pahang Berada Dalam Kedudukan Agak Baik !
SPRM: Rasuah, Pahang Berada Dalam Kedudukan Agak Baik !
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Shamshun Bahari Mohd Jamil berkata perkara itu berdasarkan 'Public Service Corruption Rating ' yang menggunakan data tahun lalu yang berakhir 31 Disember lepas.
"Pahang berada di kedudukan ke-10 daripada 13 negeri, yang mana kedudukan paling teruk berada di kedudukan pertama.. jadi di sini kedudukan Pahang adalah agak baik.
"Saya harap pentadbiran Pahang akan terus istiqamah, memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan menjadi tauladan dalam aspek integriti dan menolak budaya rasuah serta salah guna kuasa," katanya.
Shamshun Bahari berkata demikian semasa berucap pada Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Anggota Dewan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengarah SPRM Pahang Mohamad Fauzi Husin.
Turut hadir ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pahang Datuk Seri Ishak Muhammad.
Pada majlis itu, Wan Rosdy mengetuai semua 42 wakil rakyat Pahang membaca ikrar dan menandatangani IBR, yang mendapat pujian daripada Shamshun Bahari.
"Ini adalah tindakan berani oleh semua wakil rakyat dari pelbagai parti politik dalam memastikan amanah yang dipikul dilaksanakan dengan telus dan ikhlas supaya kebajikan serta kesejahteraan rakyat dilindungi," katanya.
Shamshun Bahari berkata komitmen pentadbiran Pahang untuk menangani rasuah dan salah guna kuasa juga dilakukan pada tahun 2017, dengan apabila semua Anggota Mesyuarat Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Menteri Besar sebelum ini Datuk Seri Adnan Yaakob menandatangani IBR.
"Saya juga menyarankan supaya anggota pentadbiran kerajaan negeri boleh mengikut langkah kerajaan Persekutuan dalam mengisytiharkan harta kepada SPRM kerana ini membantu mengelakkan persespsi negatif umum kepada mereka," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel SPRM: Rasuah, Pahang Berada Dalam Kedudukan Agak Baik !
Sekianlah artikel SPRM: Rasuah, Pahang Berada Dalam Kedudukan Agak Baik ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SPRM: Rasuah, Pahang Berada Dalam Kedudukan Agak Baik ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/04/sprm-rasuah-pahang-berada-dalam.html
0 Response to "SPRM: Rasuah, Pahang Berada Dalam Kedudukan Agak Baik !"
Catat Ulasan