Loading...

Tak Tanding PRK Sandakan, BN Dan PAS Gagal Uji Pengaruh !

Loading...
Tak Tanding PRK Sandakan, BN Dan PAS Gagal Uji Pengaruh ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tak Tanding PRK Sandakan, BN Dan PAS Gagal Uji Pengaruh !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tak Tanding PRK Sandakan, BN Dan PAS Gagal Uji Pengaruh !
link : Tak Tanding PRK Sandakan, BN Dan PAS Gagal Uji Pengaruh !

Baca juga


Tak Tanding PRK Sandakan, BN Dan PAS Gagal Uji Pengaruh !


KUANTAN - Tindakan BN dan PAS tidak meletakkan calon mereka pada PRK Sandakan adalah sesuatu yang tidak baik untuk menguji pengaruh pembangkang di negeri Sabah sebenarnya.

Demikian ditegaskan oleh Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli, 48. Menurut beliau, atas apa jua alasan sekali pun, BN dan PAS sepatutnya menyertai PRK Sandakan walau pun tahu kekuatan mereka tidak sehebat di semenanjung.

"Umum mengetahui UMNO lumpuh di Sabah selepas pemimpin dan ahli mereka berbondong-bondong menyertai Bersatu dan Warisan. Namun, ia mungkin hanya di atas kertas, atas padang belum tentu lai", kata Shukri.

Katanya lagi, biar pun BN dan PAS gusar kekalahan mereka akan menyebabkan moral ahli sedikit luntur selepas mendapat kemenangan hatrik dalam tiga PRK sebelum ini iaitu di Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau.

Namun kata Shukri, BN dan PAS juga harus menguji sokongan rakyat terhadap mereka di Sabah. Bahkan, ia juga sebagai pemangkin untuk memastikan Pakatan Harapan (PH) menjadi "Kerajaan Sepenggal" sebenarnya.

"Sabah dan Sarawak adalah Fix deposit BN setiap kali pilihanraya umum selama ini.. kecuali PRU14 lalu. Maka, bagaimana harus pembangkang ambil alih tampuk pimpinan negara jika majoriti kerusi parlimen di kedua-dua negeri tersebut kini bersama Pakatan Harapan?.  Bukan PRK Sandakan boleh dijadikan ujian untuk melihat banyak mana sokongan rakyat terhadap pembangkang. Soal menang atau kalah perlu ditolak ke tepi", kata Shukri lagi.

Pertembungan DAP dengan PBS dan lain-lain calon bebas tidak menggambarkan pertembungan sebenar dalam PRK Sandakan. Pemerhati boleh melihat dengan jelas bahawa Pakatan Harapan sudah pasti akan menjadi pemenang kali ini, sama seperti apa yang berlaku di PRK Rantau sebelum ini. #PDO


Demikianlah Artikel Tak Tanding PRK Sandakan, BN Dan PAS Gagal Uji Pengaruh !

Sekianlah artikel Tak Tanding PRK Sandakan, BN Dan PAS Gagal Uji Pengaruh ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tak Tanding PRK Sandakan, BN Dan PAS Gagal Uji Pengaruh ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/04/tak-tanding-prk-sandakan-bn-dan-pas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tak Tanding PRK Sandakan, BN Dan PAS Gagal Uji Pengaruh !"

Catat Ulasan

Loading...