Loading...
Judul : Tengku Hassanal Titah Agensi Kerajaan Bantu Golongan Asnaf
link : Tengku Hassanal Titah Agensi Kerajaan Bantu Golongan Asnaf
Tengku Hassanal Titah Agensi Kerajaan Bantu Golongan Asnaf
Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah golongan tersebut bukan hanya perlu dibantu dari segi kewangan namun perlu dibantu dari pelbagai sudut yang
"Agensi kerajaan perlu memainkan peranan mereka dalam menyediakan pelbagai platform seperti kursus kemahiran dan peluang peningkatan ekonomi melalui perniagaan dan keusahawanan," titahnya.
Baginda bertitah demikian dalam Majlis Ramah Mesra Pemangku Raja Pahang bersama rakyat daerah Bera di Majlis Daerah Bera di sini semalam.
Tengku Hassanal bertitah, tugas membantu golongan asnaf bukan sahaja terletak pada kerajaan malah menjadi tanggungjawab semua.
"Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), telah banyak membantu golongan yang memerlukan sama ada ibu tunggal atau golongan asnaf yang layak menerima bantuan.
"Marilah kita sama-sama memainkan peranan bagi meningkatkan lagi semangat bersatu padu dan bekerjasama dalam kehidupan bermasyarakat supaya tidak terpinggir," katanya.
Tambah baginda, pengagihan dan penyaluran zakat secara teratur dan berkesan sangat penting dalam memastikan golongan asnaf tidak tercicir daripada menerima bantuan tersebut.
Sementara itu, sempena Ramadan yang akan tiba, Tengku Hassanal menyeru kepada rakyat di negeri ini agar tidak mengamalkan sifat pembaziran dalam yang penuh keberkatan
"Sungguh ironi sekali, apabila bulan yang sepatutnya kita mengekang hawa nafsu tetapi di bulan inilah sikap berlebih-lebihan menjadi kebiasaan khususnya dalam perbelanjaan berbuka puasa dan persiapan menyambut raya.
"Ini telah pun menjadikan perbelanjaan berganda daripada bulan-bulan lain. Sepatutnya bulan Ramadan mendidik manusia bersikap sederhana, jimat cermat dan tidak melampaui batas," titahnya. #sumber
Demikianlah Artikel Tengku Hassanal Titah Agensi Kerajaan Bantu Golongan Asnaf
Sekianlah artikel Tengku Hassanal Titah Agensi Kerajaan Bantu Golongan Asnaf kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tengku Hassanal Titah Agensi Kerajaan Bantu Golongan Asnaf dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/04/tengku-hassanal-titah-agensi-kerajaan.html
0 Response to "Tengku Hassanal Titah Agensi Kerajaan Bantu Golongan Asnaf"
Catat Ulasan