Loading...

Tujuh Pegawai Dan Anggota Polis IPD Pekan Di Tahan SPRM !

Loading...
Tujuh Pegawai Dan Anggota Polis IPD Pekan Di Tahan SPRM ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tujuh Pegawai Dan Anggota Polis IPD Pekan Di Tahan SPRM !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tujuh Pegawai Dan Anggota Polis IPD Pekan Di Tahan SPRM !
link : Tujuh Pegawai Dan Anggota Polis IPD Pekan Di Tahan SPRM !

Baca juga


Tujuh Pegawai Dan Anggota Polis IPD Pekan Di Tahan SPRM !


KUANTAN - Seorang pegawai polis berpangkat inspektor bersama enam anggota polis berpangkat lans koperal dan koperal dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Seri Simi Abd Ghani berkata kesemua mereka yang berumur 28 hingga 53 tahun ditahan di Pejabat SPRM Pahang pada 10 hingga 10.45 malam semalam selepas dipanggil memberi keterangan kerana disyaki bersubahat menerima suapan RM6,500.

“Kami percaya kesemua terlibat bersubahat menerima wang suapan sebanyak RM6,500 daripada seorang lelaki sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap kesalahan memiliki dadah jenis syabu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, semua mereka direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Menurut sumber, SPRM Pahang masih mengesan beberapa lagi individu dipercayai terbabit dengan kes berkenaan.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, ketika ditemui di IPD Rompin mengesahkan tangkapan yang dilakukan terhadap pegawai dan anggotanya itu.

“Saya sahkan tangkapan dilakukan SPRM. Saya tidak boleh ulas panjang, namun kami akan berikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM untuk membantu siasatan berhubung kes ini,” katanya  #sumber


Demikianlah Artikel Tujuh Pegawai Dan Anggota Polis IPD Pekan Di Tahan SPRM !

Sekianlah artikel Tujuh Pegawai Dan Anggota Polis IPD Pekan Di Tahan SPRM ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tujuh Pegawai Dan Anggota Polis IPD Pekan Di Tahan SPRM ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/04/tujuh-pegawai-dan-anggota-polis-ipd.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tujuh Pegawai Dan Anggota Polis IPD Pekan Di Tahan SPRM !"

Catat Ulasan

Loading...