Loading...

Wan Rosdy: Masa Untuk Lupa Perselisihan Lampau UMNO PAS

Loading...
Wan Rosdy: Masa Untuk Lupa Perselisihan Lampau UMNO PAS - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wan Rosdy: Masa Untuk Lupa Perselisihan Lampau UMNO PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wan Rosdy: Masa Untuk Lupa Perselisihan Lampau UMNO PAS
link : Wan Rosdy: Masa Untuk Lupa Perselisihan Lampau UMNO PAS

Baca juga


Wan Rosdy: Masa Untuk Lupa Perselisihan Lampau UMNO PAS


KUANTAN - Himpunan Perpaduan Ummah Pahang yang berlangsung malam tadi melakar satu sejarah baru bukan sahaja dalam gelanggang politik negara malah ia merapatkan lagi silaturrahim antara umat Islam dan orang-orang Melayu khususnya

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sudah tiba masanya orang Melayu dari UMNO dan PAS ketepikan segala perselisihan lampau.

Menurutnya, kini masa untuk semua perkukuhkan hubungan, eratkan perpaduan, jalin persefahaman dan gembleng kekuatan atas niat yang sama, berjuang demi agama dan bangsa, selari dengan perintah ALLAH SWT.

"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana berkat limpah kurnia dan IzinNYA, kita dapat bersama-sama berhimpun dan merapatkan saf pada program Himpunan Perpaduan Ummah, Peringkat Negeri Pahang semalam.

"Sebagai tuan rumah, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan UMNO dan PAS bersama ahli-ahlinya, NGO, anak muda, pelajar universiti, serta rakyat Pahang keseluruhannya yang hadir memberikan sokongan dalam menjayakan program ini," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi UMNO negeri berkata, penyatuan antara dua parti Melayu terbesar ini telah dijalin pada dasarnya untuk menyatukan kembali orang-orang Melayu dan umat Islam yang ketika ini seolah terumbang-ambing di bawah kerajaan PH.

Katanya, melihat kepada perkembangan polemik politik semasa yang membimbangkan, kerjasama ini perlu dilakukan bagi menjamin kedudukan orang Melayu dan juga agama Islam dengan merapatkan kembali saf-saf yang sebelum ini telah terpisah.

"Namun begitu, perpaduan ummah ini tidak sesekali berhasrat untuk menggugat kedudukan kaum-kaum lain. Agama Islam mengajar ummatnya untuk bersikap saling hormat-menghormati dan kasih-mengasihi sesama manusia. Oleh itu, keharmonian dan kemakmuran yang kita sedang nikmati ini haruslah terus dijaga," katanya.

Beliau berkata, umat Islam adalah bersaudara, diibaratkan cubit peha kiri, paha kanan juga terasa.

"Oleh itu kita perlu bersatu padu supaya umat Islam di negara ini kuat dah utuh.

"Seperti mana pepatah Melayu, bulat air kerana pembetong, bulat manusia kerana muafakatnya. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh," katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Wan Rosdy: Masa Untuk Lupa Perselisihan Lampau UMNO PAS

Sekianlah artikel Wan Rosdy: Masa Untuk Lupa Perselisihan Lampau UMNO PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wan Rosdy: Masa Untuk Lupa Perselisihan Lampau UMNO PAS dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/04/wan-rosdy-masa-untuk-lupa-perselisihan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Wan Rosdy: Masa Untuk Lupa Perselisihan Lampau UMNO PAS"

Catat Ulasan

Loading...