Loading...

Ahli Lembaga Pengarah Yapeim Putuskan Kedudukan Abibullah

Loading...
Ahli Lembaga Pengarah Yapeim Putuskan Kedudukan Abibullah - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ahli Lembaga Pengarah Yapeim Putuskan Kedudukan Abibullah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ahli Lembaga Pengarah Yapeim Putuskan Kedudukan Abibullah
link : Ahli Lembaga Pengarah Yapeim Putuskan Kedudukan Abibullah

Baca juga


Ahli Lembaga Pengarah Yapeim Putuskan Kedudukan Abibullah


KUANTAN - Sebarang tindakan terhadap Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) Datuk Abibullah Samsudin akan diputuskan oleh anggota lembaga pengarah yayasan berkenaan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata perkara itu selari dengan amalan kerajaan Pakatan Harapan yang meletakkan tanggungjawab mentadbir kepada anggota lembaga pengarah sesuatu agensi.

"Saya percaya mereka akan mengambil tindakan sewajarnya dan yakin akan ada kenyataan daripada pengerusi anggota lembaga pengarah Yapeim (berhubung perkara ini)," katanya.

Fuziah ditemui selepas menghadiri Program Sepakat@Komuniti Ramadan 2019 anjuran Jabatan Penerangan Pahang bagi meraikan 28 kanak-kanak dari Rumah Permata Al-Insyirah di Kompleks Dagangan Mahkota di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan media berhubung tindakan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil membuat laporan polis hari ini, berhubung penularan video seorang lelaki didakwa kononnya Abibullah mempengaruhi kakitangan Yapeim pada pilihan raya umum lepas.

Fuziah, yang juga Anggota Parlimen Kuantan sekali lagi menegaskan kerajaan hari ini tidak melakukan politik balas dendam terhadap Abibullah atas perbuatan lepas kerana tindakan sedemikian disifatkan sebagai tidak profesional dan tidak adil.

Katanya, apa yang penting adalah kerajaan menilai prestasi kerja dan tahap profesionalisme individu itu di pejabat selain Abibullah juga menyedari bahawa beliau kini perlu bekerja mengikut dasar kerajaan yang memerintah.

"Jika wujud unsur ugutan kepada pihak pekerja sebelum pilihan raya, mereka boleh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna kuasa. Itu adalah hak pekerja dan bukan dalam bidang tugas saya," katanya.

Pada perkembangan lain, Fuziah memaklumkan bahawa pejabat Parlimen Kuantan telah memperuntukkan lebih RM100,000 untuk melaksanakan program Semarak Kasih Ramadan di masjid dan surau selain program bantuan kepada golongan asnaf pada tahun ini. #sumber


Demikianlah Artikel Ahli Lembaga Pengarah Yapeim Putuskan Kedudukan Abibullah

Sekianlah artikel Ahli Lembaga Pengarah Yapeim Putuskan Kedudukan Abibullah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ahli Lembaga Pengarah Yapeim Putuskan Kedudukan Abibullah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/05/ahli-lembaga-pengarah-yapeim-putuskan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ahli Lembaga Pengarah Yapeim Putuskan Kedudukan Abibullah"

Catat Ulasan

Loading...