Loading...

Barang Keperluan Cukup Di Pahang menjelang Bulan Ramadan

Loading...
Barang Keperluan Cukup Di Pahang menjelang Bulan Ramadan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Barang Keperluan Cukup Di Pahang menjelang Bulan Ramadan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Barang Keperluan Cukup Di Pahang menjelang Bulan Ramadan
link : Barang Keperluan Cukup Di Pahang menjelang Bulan Ramadan

Baca juga


Barang Keperluan Cukup Di Pahang menjelang Bulan Ramadan


KUANTAN - Pemborong dan pembekal utama barang keperluan diminta membekalkan barang-barang keperluan yang mencukupi kepada para peniaga, pasar raya dan pasar mini di negeri ini sebagai persediaan menghadapi Ramadan pada minggu hadapan.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang, Datuk Mark Ujin berkata, walaupun setakat ini tidak menerima sebarang aduan, namun pihaknya akan memastikan bahawa bekalan keperluan yang mencukupi pada bulan Ramadan ini.

Menurutnya, pembekal dan pemborong utama yang membekalkan pelbagai jenis barangan termasuk beras, minyak masak, tepung, petrol, gas dan lain-lain perlu membuat persedian dan membekal terus barangan tersebut mulai sekarang.

"Pada bulan Ramadan ini kebiasaannya umat Islam akan berbelanja secara lebih sedikit dan kita harap pembekal dan pemborong menyediakan bekalan barangan mencukupi.

"Kita tidak mahu dengar apabila masuknya bulan Ramadan, pengguna sukar mendapatkan barang, manakala harganya pula melambung," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mark berharap agar segala peraturan yang dikeluarkan pihak berkuasa dapat dipatuhi selain menjadikan ia sebagai budaya bertanggung jawab dan memudahkan urusan jual beli.

Dalam pada itu, Mark berkata peniaga bazar Ramadan perlu bertimbang rasa dengan pembeli dan jangan terlalu mementingkan untuk mengaut keuntungan semata-mata.

Menurutnya, walaupun kerajaan tiada kuasa menetapkan harga jualan dibazar Ramadan, namun ia bukan bererti peniaga boleh sesuka hati menaikkan harga tersebut.


"Peniaga kenalah bertimbang rasa selain menjaga kualiti juadah dan kebersihan serta mencari pahala di bulan mulia ini.

"Soal harga dan meletakkan tanda harga memanglah perkara remeh, tetapi ia boleh menjadi panduan utama kepada pembeli serta mereka boleh merancang perbelanjaan

“Jika mereka (peniaga) tidak meletakkan tanda harga pada jualan yang mana ini boleh menyebabkan mereka dikenakan kompaun oleh anggota KPDNHEP,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menasihatkan pengguna di negeri ini supaya berbelanja secara berhemah bagi mengelakkan pembaziran dengan budaya membazir perlu dielakkan sebagaimana tahun-tahun sebelumnya banyak makanan dibuang ke tong sampah.

Menurutnya, pengguna perlu merancang dan melakukan persediaan awal dan membeli barang keperluan hanya diperlukan sahaja

"Musibah yang menimpa rakyat beberapa negara Arab seperti Iraq, Syria, Libya yang dilanda musibah kebuluran di mana satu ketika dahulu sangat mewah dengan makanan perlu dijadikan pengajaran.

"Bersyukurlah dengan kemurahan rezeki di negara ini dan perlu elakkan pembaziran serta riak supaya nikmati kemakmuran yang dikecapi akan terus kekal," katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Barang Keperluan Cukup Di Pahang menjelang Bulan Ramadan

Sekianlah artikel Barang Keperluan Cukup Di Pahang menjelang Bulan Ramadan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Barang Keperluan Cukup Di Pahang menjelang Bulan Ramadan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/05/barang-keperluan-cukup-di-pahang.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Barang Keperluan Cukup Di Pahang menjelang Bulan Ramadan"

Catat Ulasan

Loading...