Loading...

Bauksit: Cuci, Teknologi CBH Boleh Atasi Isu Sungai Tercemar !

Loading...
Bauksit: Cuci, Teknologi CBH Boleh Atasi Isu Sungai Tercemar ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bauksit: Cuci, Teknologi CBH Boleh Atasi Isu Sungai Tercemar !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bauksit: Cuci, Teknologi CBH Boleh Atasi Isu Sungai Tercemar !
link : Bauksit: Cuci, Teknologi CBH Boleh Atasi Isu Sungai Tercemar !

Baca juga


Bauksit: Cuci, Teknologi CBH Boleh Atasi Isu Sungai Tercemar !


KUANTAN - Teknologi Contaianerised Bulk Handling (CBH) adalah satu kaedah terbaik yang wajar dimasukkan ke dalam draf Prosedur Operasi Standard (SOP) Aktiviti Perlombongan dan Pengeksportan Bauksit Negeri Pahang seperti yang diwar-warkan oleh 
Kementerian Air, Tanah, dan Sumber Asli (KATS) baru-baru ini.


Ini kerana teknologi tersebut dilihat lebih selamat, mesra alam dan bersih dari lain-lain draf SOP yang dicadangkan sebelum ini. Demikian ditegaskan oleh Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli, 48, kepada PDO pagi ini.

Beliau yang turut bersuara ketika sessi pendengaran awam isu bauksit di Dewan Konevensyen Sultan Hj Ahmad Shah dekat sini pada 14 April lalu berkata, keadah "mencuci" dilihat gagal dan tidak berupaya untuk meminimakan risiko seperti yang dicadangkan sebelum ini.

"Isu sungai tercemar dan laut merah masih segar dalam ingatan warga Kuantan. Malah, akitiviti mencuci bauksit juga dilihat boleh mengudang risiko kesihatan dan keselamatan kepada para penduduk seperti yang pernah didedahkan sebelum ini", kata Shukri.

"Biar pun ada kolam-kolam yang akan dibina untuk mengatasi masalah tersebut, namu ia dilihat tidak begitu efisyen dalam menangani isu pencemaran terutamanya sungai yang menjadi sumber air kepada Loji Rawatan Air (RWA) di kawasan Kuantan seperti di Semambu, Bukit Goh dan Bikit Sagu. Risiko timbul apabila musim hujan dan air cucian dari kolam melimpah keluar dan masuk ke sungai", tambah beliau lagi.


Katanya lagi, semua ini perlu diambil kira demi mengelakkan kemarahan orang ramai sekiranya aktiviti bauksit berjalan semula tidak lama lagi. Justeru beliau mencadangkan teknologi CBH digunakan dan dimasukkan sebagai sebahagian daripada draf SOP Kementerian Air, Tanah, dan Sumber Asli (KATS) dalam menagani isu ini. 

"CBH dilihat lebih terbaik dan ia telah digunapakai sebenarnya di luar negara. Makanya, tidak menjadi kesalahan untuk kerajaan memasukkan perkara ini ke dalam draf SOP bagi menggantikan kaedah cucian. Malah, hasil bauskit juga lebih terjamin dalam menjana ekonomi kerajaan  sendiri berbeza dengan kaedah cucian sebenarnya. Berat bahan mineral itu akan berkurangan, sedangkan ia boleh dieksport tanpa cucian dengan kadar harga  yang lebih tinggi. Kerajaan harus mengambilkira semua ini sebelum mewartakan SOP bauskit tidak lama lagi", kata Shukri.



Difahamkan, teknologi Contaianerised Bulk Handling (CBH) juga dilihat boleh menjimatkan kos dari segi  pengurusan tapak perlombongan bauksit dan membabitkan aspek pengurusan penyimpanan stok dan pelabuhan.





Malah kaedah ini juga dilihat lebih menjamin alam skitar kerana tiada debu berterbangan di udara seperti sebelum ini. Penggunaan lori dengan kanvas tertutup seperti yang dicadangkan baru-baru ini juga belum tentu dapat menjamin kebersihan alam sekitar. 



Sementara itu kerja-kerja seperti proses memunggah (ke kapal) juga lebih mudah, cepat dan selamat sebenarnya. 





Demikianlah Artikel Bauksit: Cuci, Teknologi CBH Boleh Atasi Isu Sungai Tercemar !

Sekianlah artikel Bauksit: Cuci, Teknologi CBH Boleh Atasi Isu Sungai Tercemar ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bauksit: Cuci, Teknologi CBH Boleh Atasi Isu Sungai Tercemar ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/05/bauksit-cuci-teknologi-cbh-boleh-atasi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bauksit: Cuci, Teknologi CBH Boleh Atasi Isu Sungai Tercemar !"

Catat Ulasan

Loading...