Loading...

Bekas Pemain Bola Sepak, Anuar Abu Bakar Meninggal Dunia !

Loading...
Bekas Pemain Bola Sepak, Anuar Abu Bakar Meninggal Dunia ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bekas Pemain Bola Sepak, Anuar Abu Bakar Meninggal Dunia !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bekas Pemain Bola Sepak, Anuar Abu Bakar Meninggal Dunia !
link : Bekas Pemain Bola Sepak, Anuar Abu Bakar Meninggal Dunia !

Baca juga


Bekas Pemain Bola Sepak, Anuar Abu Bakar Meninggal Dunia !


SHAH ALAM - Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Anuar Abu Bakar, 48, meninggal dunia akibat kanser hati di Hospital Shah Alam (HSA) kira-kira pukul 9 malam tadi.

Perkara itu disahkan laman rasmi Facebook Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

"Untuk makluman, legenda Selangor iaitu Anuar Abu Bakar baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir sebentar tadi.

"Arwah yang menghidap kanser hati telah disahkan meninggal dunia di Hospital Shah Alam.

FA Selangor mengucapkan salam takziah buat keluarga arwah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya," kata laman tersebut.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disolatkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 9.30 pagi.

Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, di sini.

Terdahulu, MBSA berjaya mengumpul sejumlah RM33,624 bersama Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menerusi Tabung Lagenda Anuar Abu Bakar sejak ia dilancarkan 27 Mac lalu.

Sumbangan itu diserahkan kepada anak Anuar iaitu Amriq Shah dalam perlawanan bola sepak Liga Super di antara Selangor dan Melaka United di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu.

Untuk rekod, Allahyarham yang beraksi di posisi tengah dan penyerang pernah menyarung jersi kebangsaan di antara tahun 1993 hingga 1997.

Antara pasukan yang pernah mendapatkan khidmat Allahyarham yang berasal dari Johor ialah Selangor, Johor, Kelantan, Pulau Pinang dan MPPJ Selangor. #sumber


Demikianlah Artikel Bekas Pemain Bola Sepak, Anuar Abu Bakar Meninggal Dunia !

Sekianlah artikel Bekas Pemain Bola Sepak, Anuar Abu Bakar Meninggal Dunia ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bekas Pemain Bola Sepak, Anuar Abu Bakar Meninggal Dunia ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/05/bekas-pemain-bola-sepak-anuar-abu-bakar.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Bekas Pemain Bola Sepak, Anuar Abu Bakar Meninggal Dunia !"

Catat Ulasan

Loading...