Loading...

Cermin Gelap: Kementerian Sudah Ambil Kira Pelbagai Faktor !

Loading...
Cermin Gelap: Kementerian Sudah Ambil Kira Pelbagai Faktor ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Cermin Gelap: Kementerian Sudah Ambil Kira Pelbagai Faktor !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Cermin Gelap: Kementerian Sudah Ambil Kira Pelbagai Faktor !
link : Cermin Gelap: Kementerian Sudah Ambil Kira Pelbagai Faktor !

Baca juga


Cermin Gelap: Kementerian Sudah Ambil Kira Pelbagai Faktor !


PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan telah mengambil kira segala pertimbangan dan faktor-faktor sebelum membenarkan penggunaan cermin gelap bagi kenderaan persendirian di seluruh negara berkuat kuasa semalam.

Menterinya, Anthony Loke Siew Foke berkata, meskipun mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat, keputusan itu sudah diputuskan dengan mengambil kira kepentingan semua pihak melalui bengkel yang dijalankan oleh kementerian dengan pemegang taruh termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) sewaktu kerajaan Barisan Nasional memerintah kira-kira lima tahun lalu.

"Rumusan pada bengkel itu, semua pihak bersetuju untuk mengekalkan kadar ketelusan cahaya (VLT) untuk cermin depan dan sisi pemandu malah kita mengekalkannya tanpa sebarang pindaan.

"Bagi cermin belakang pula, kita tidak menetapkan sebarang kadar VLT dan ia sebenarnya mengikut piawaian antarabangsa. Sebagai contoh, Jepun dan tidak dinafikan banyak kenderaan dari negara itu diimport ke negara ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Shaharuddin Khalid.

Akhbar Kosmo! semalam melaporkan, khabar gembira buat pengguna jalan raya seluruh negara apabila Kementerian Pengangkutan membenarkan penggunaan cermin gelap bagi kenderaan persendirian di seluruh negara berkuat kuasa semalam.

Bagaimanapun kebenaran itu hanya tertakluk pada bahagian cermin sisi kiri dan kanan penumpang serta belakang manakala kadar peratusan cermin gelap pada bahagian cermin depan serta cermin sisi kanan dan kiri pemandu adalah kekal seperti sedia ada.

Pindaan ke atas peraturan cermin gelap di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 itu turut meliputi kenderaan e-hailing seperti Grab.

Kerajaan akan mengenakan fi sebanyak RM5,000 untuk tempoh dua tahun bagi setiap permohonan yang diluluskan.

Sebelum itu, pemilik kenderaan perlu membayar fi perkhidmatan sebanyak RM50 bagi permohonan yang dikemukakan atas faktor keselamatan

Mengulas lanjut, menurut Anthony, kebenaran untuk menggunakan cermin gelap pada cermin belakang juga mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi pemilik kenderaan utiliti sukan (SUV) kenderaan pelbagai guna (MPV) di negara ini.

"Kedua-dua jenis kenderaan yang kebanyakannya dari Jepun ini tidak melepasi piawaian di negara ini. Pemilik terpaksa menyewa cermin yang mengikut piawaian pada harga RM800 untuk melepasi ujian Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

"Jadi, kita longgarkan syarat ini untuk semua jenis kenderaan dan bukan hanya untuk SUV atau MPV," katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Cermin Gelap: Kementerian Sudah Ambil Kira Pelbagai Faktor !

Sekianlah artikel Cermin Gelap: Kementerian Sudah Ambil Kira Pelbagai Faktor ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Cermin Gelap: Kementerian Sudah Ambil Kira Pelbagai Faktor ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/05/cermin-gelap-kementerian-sudah-ambil.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Cermin Gelap: Kementerian Sudah Ambil Kira Pelbagai Faktor !"

Catat Ulasan

Loading...