Loading...
Judul : Inkues Adib: Peguam Yang Wakili KPKT Dan Keluarga Tarik Diri
link : Inkues Adib: Peguam Yang Wakili KPKT Dan Keluarga Tarik Diri
Inkues Adib: Peguam Yang Wakili KPKT Dan Keluarga Tarik Diri
SHAH ALAM - Episod inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim memasuki cerita baharu selepas peguam yang mewakili Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan ahli keluarga mangsa, Syazlin Mansor menarik diri daripada inkues tersebut.
"Saya percaya, dengan penarikan diri saya, saksi ke-29 iaitu Prof. Dr. Shahrom Abd Wahid yang sepatutnya dipanggil semula beri keterangan hari ini terbatal," katanya.
Perkara itu dimaklumkan Syazlin dihadapan Koroner Rofiah Mohamad sebentar tadi.
Sementara itu, seorang lagi peguam, Ahmad Taufiq Baharum memberitahu, pihaknya juga tidak mempunyai sebarang saksi lain untuk dipanggil memberi keterangan.
Beliau kemudiannya menyerahkan perkembangan selanjutnya kepada mahkamah. Prosiding inkues ditangguhkan seketika dan bersambung sebentar lagi.
Pada 17 Mei lalu, mahkamah membenarkan bekas Perunding Kanan Forensik dan Patologi, Hospital Canselor Tuanku Mukhriz, Prof. Dr. Shahrom Abd. Wahid untuk dipanggil semula beri keterangan hari ini dan esok. #sumber
Demikianlah Artikel Inkues Adib: Peguam Yang Wakili KPKT Dan Keluarga Tarik Diri
Sekianlah artikel Inkues Adib: Peguam Yang Wakili KPKT Dan Keluarga Tarik Diri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Inkues Adib: Peguam Yang Wakili KPKT Dan Keluarga Tarik Diri dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/05/inkues-adib-peguam-yang-wakili-kpkt-dan.html
0 Response to "Inkues Adib: Peguam Yang Wakili KPKT Dan Keluarga Tarik Diri"
Catat Ulasan