Loading...

Isu PTPTN: Syed Saddiq Akan Bantah Jika Di Bawa Ke Kabinet

Loading...
Isu PTPTN: Syed Saddiq Akan Bantah Jika Di Bawa Ke Kabinet - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu PTPTN: Syed Saddiq Akan Bantah Jika Di Bawa Ke Kabinet, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu PTPTN: Syed Saddiq Akan Bantah Jika Di Bawa Ke Kabinet
link : Isu PTPTN: Syed Saddiq Akan Bantah Jika Di Bawa Ke Kabinet

Baca juga


Isu PTPTN: Syed Saddiq Akan Bantah Jika Di Bawa Ke Kabinet


KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan akan memastikan cadangan menyenarai hitam peminjam yang gagal melunaskan Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak diluluskan jika di bawa ke mesyuarat Kabinet.

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, PTPTN tidak sepatutnya bertindak sedemikian terhadap peminjam yang masih menganggur dan mereka yang memperoleh pekerjaan tapi tidak mendapat gaji ‘bermaruah’.

“Mereka tidak sepatutnya disenarai hitamkan oleh PTPTN. Kalau cadangan untuk menyenarai hitam anak muda yang belum bekerja atau mendapat gaji bermaruah di bawa ke Kabinet, saya sebagai Menteri Belia dan Sukan akan membantah sekeras mungkin.

“Ini merupakan komitmen saya. Kita patut terus membantu dan membela masa depan anak muda,” katanya menerusi video berdurasi seminit yang dimuat naik dalam akaun Facebook miliknya, hari ini.

Tegas Syed Saddiq yang juga Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), penglibatannya dalam dunia politik selama ini bertujuan ingin membela nasib anak muda.

Katanya, langkah yang sama harus diambil oleh semua pihak iaitu membantu dan membela masa depan anak muda.

“Jangan risau anak muda akan sentiasa menjadi barisan depan negara,” katanya.

Pada 27 Jun tahun lalu, Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan mengumumkan seramai 429,945 peminjam kini bebas dari disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) dan boleh ke luar negara.

Walau bagaimanapun, bekas Setiausaha Agung Bersatu Perlis itu dilaporkan berkata semalam, cadangan menguatkuasakan semula sekatan terhadap peminjam culas merupakan antara idea yang dikemukan pihak berkaitan hasil daripada sesi libat urus yang dijalankan.

Jelas Wan Saiful hari ini, beliau secara peribadi mengakui tidak selesa dengan cadangan untuk memperkenalkan sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam tetapi perlu menghormati semua cadangan dan pandangan yang diterima mengenai mekanisme pembayaran PTPTN itu. #sumber


Demikianlah Artikel Isu PTPTN: Syed Saddiq Akan Bantah Jika Di Bawa Ke Kabinet

Sekianlah artikel Isu PTPTN: Syed Saddiq Akan Bantah Jika Di Bawa Ke Kabinet kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isu PTPTN: Syed Saddiq Akan Bantah Jika Di Bawa Ke Kabinet dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/05/isu-ptptn-syed-saddiq-akan-bantah-jika.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Isu PTPTN: Syed Saddiq Akan Bantah Jika Di Bawa Ke Kabinet"

Catat Ulasan

Loading...