Loading...
Judul : Kartunis Anak Jati Pahang, Aza Hasilkan Buku "Sketch Pekan"
link : Kartunis Anak Jati Pahang, Aza Hasilkan Buku "Sketch Pekan"
Kartunis Anak Jati Pahang, Aza Hasilkan Buku "Sketch Pekan"
Aza atau nama sebenarnya Abdul Razak Sofhi @Subhi berkongsi buah tangannya iaitu Sketch Pekan yang mengandungi lakaran mengenai bandar diraja Pahang, Pekan.
Menurutnya, idea menghasilkan buku lakaran bergambar itu untuk memberi kelainan serta mempelbagaikan produk cenderamata kepada pelancong yang datang ke Pekan.
“Selain itu hasil lukisan ini juga bagi mengasah kemahiran yang saya ada,” kata penerima anugerah Ikon Kartunis Pahang 2019 itu.
Kartunis berusia 56 tahun itu berkata, Pekan kaya dengan tempat sejarah, alam semulajadi dan cerita legenda yang menarik untuk dikongsi bersama pelancong.
“Selain lakaran tentang budaya, bangunan dan sejarah setempat buku lakaran hitam putih ini juga memaparkan pembangunan Pekan dahulu dan sekarang,” katanya ketika ditemui di Galeri Kartun di Taman Wawasan, di sini baru-baru ini.
Lukisan Aza yang kebanyakannya tanpa dialog itu boleh dijadikan bukti bahan sejarah kerana lakarannya halus dan teliti terutama bentuk bangunannya.
Ternyata lakarannya sama seperti yang asal.
Kartunis yang menetap di Jerantut itu sanggup mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk mencetak buku 100 muka surat berkenaan kerana minat mendalam tentang sejarah Pahang.
“Setiap kali ke Pekan saya sering melihat pembangunan yang pesat berlaku di sana. Saya juga seronok melawat banyak tempat sejarah dan lokasi pelancongan di daerah itu,” katanya.
Minat terhadap sejarah mendorong Aza melakukan kajian mengenai daerah yang dikenali sebagai bandar diraja itu. Bekas kartunis majalah humor itu juga mengakui gemar merakam gambar lokasi menarik.
“Saya mengambil masa kira-kira tiga bulan untuk menyiapkan lakaran dan kajian tentang daerah Pekan. Saya banyak membuat rujukan di perpustakaan supaya hasilnya lebih baik.
“Saya suka melihat tempat-tempat menarik kemudian menterjemahkan dalam bentuk lukisan,” katanya.
“Saya membuat buku dalam bentuk lakaran kartun untuk menarik golongan muda khususnya pelajar yang kurang minat membaca,” kata anak peneroka Felda Padang Piol itu.
Menelusuri sejarah pembabitan Aza sebagai kartunis, namanya dikenali peminat kartun tempatan terutamanya majalah Gila-Gila dan Humor.
Biarpun tanpa dialog, peminat boleh memahami dan terhibur dengan mesej yang ingin disampaikan menerusi karya yang dihasilkan oleh penerima Anugerah Tokoh Kartunis Rumah Kartun dan Komik Malaysia (RKKM) 2019 itu.
Ditanya perancangannya selepas ini, beliau berhasrat untuk membuat buku lukisan lakaran untuk semua 11 daerah di Pahang dan sedang mengumpul bahan untuk daerah Kuantan dan Temerloh.
Menurutnya, buku lakaran daerah Pekan itu berharga RM12 dan dijual di kedai buku serta tempat pelancongan.
“Selain itu, saya menjual secara talian di Facebook dengan harga RM20 termasuk kos pos,” katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Kartunis Anak Jati Pahang, Aza Hasilkan Buku "Sketch Pekan"
Sekianlah artikel Kartunis Anak Jati Pahang, Aza Hasilkan Buku "Sketch Pekan" kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kartunis Anak Jati Pahang, Aza Hasilkan Buku "Sketch Pekan" dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/05/kartunis-anak-jati-pahang-aza-hasilkan.html


0 Response to "Kartunis Anak Jati Pahang, Aza Hasilkan Buku "Sketch Pekan""
Catat Ulasan