Loading...
Judul : Kerani Kerugian RM534,000 Akibat Ditipu Sindiket Macau Scam
link : Kerani Kerugian RM534,000 Akibat Ditipu Sindiket Macau Scam
Kerani Kerugian RM534,000 Akibat Ditipu Sindiket Macau Scam
Mangsa yang berusia 40 tahun itu mula terjerat dengan sindiket berkenaan selepas menerima panggilan daripada seorang wanita.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Kelantan, Superintendan Ahmad Azizul Mohamed berkata, menerusi panggilan itu, mangsa dimaklumkan mempunyai tunggakan bayaran cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berjumlah RM24,000.
Katanya, panggilan itu kemudiannya disambungkan kepada individu yang mendakwa kononnya pegawai polis.
"Apabila menerima panggilan berkenaan, mangsa pada mulanya panik kerana tidak mengetahui dia ditipu sindiket Scam.
"Sehinggalah mangsa memasukkan sejumlah wang dalam satu akaun kononnya bagi menyelesaikan masalah tunggakan cukai itu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Ahmad Azizul berkata, dalam tempoh sebulan, mangsa telah membuat 12 transaksi bayaran ke dalam akaun yang diminta antara RM10,000 hingga RM38,000, dengan jumlah keseluruhan RM534,000.
Beliau berkata, mangsa turut diberitahu jika tidak menyelesaikan hutang itu asetnya akan dibekukan.
"Suspek telah meminta semua wang dimasukkan ke dalam akaun pegawai penyiasat dan berjanji wang berkenaan akan dikembalikan sebaik siasatan selesai.
"Walau bagaimanapun, selepas tiba masa yang dijanjikan, wang berkenaan tidak dikembalikan malah suspek terus memberi pelbagai alasan.
Tambah beliau, mangsa hanya menyedari ditipu sebaik menceritakan kejadian kepada ahli keluarga.
"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Azizul berkata, pada tahun ini, sebanyak 37 kes penipuan Macau Scam dilaporkan dengan kerugian membabitkan RM2.2 juta berbanding sepanjang tahun lalu, sebanyak 121 kes dengan kerugian RM10.2 juta.
"Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan tidak mudah terpedaya dengan tipu helah dari pihak tertentu.
"Jangan sewenang-wemangnya mendedahkan maklumat kewangan peribadi seperti nombor akaun, kad bank, atau kad kredit kepada orang tidak dikenali," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Kerani Kerugian RM534,000 Akibat Ditipu Sindiket Macau Scam
Sekianlah artikel Kerani Kerugian RM534,000 Akibat Ditipu Sindiket Macau Scam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kerani Kerugian RM534,000 Akibat Ditipu Sindiket Macau Scam dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/05/kerani-kerugian-rm534000-akibat-ditipu.html
0 Response to "Kerani Kerugian RM534,000 Akibat Ditipu Sindiket Macau Scam"
Catat Ulasan