Loading...

KPDNHEP Pahang Terus Pantau Pasar Raya, Pusat Beli-Belah !

Loading...
KPDNHEP Pahang Terus Pantau Pasar Raya, Pusat Beli-Belah ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KPDNHEP Pahang Terus Pantau Pasar Raya, Pusat Beli-Belah !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KPDNHEP Pahang Terus Pantau Pasar Raya, Pusat Beli-Belah !
link : KPDNHEP Pahang Terus Pantau Pasar Raya, Pusat Beli-Belah !

Baca juga


KPDNHEP Pahang Terus Pantau Pasar Raya, Pusat Beli-Belah !


KUANTAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengadakan pemantauan secara berterusan di pasar raya dan pusat membeli-belah bagi mengelak berlakunya sebarang penipuan jualan murah di negeri ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Mohd Suffian Mohd Abass berkata, ini juga dapat memastikan tiada kenaikan harga melampau dikenakan peniaga walaupun pada dasarnya menawarkan harga murah.

"Memang normal bila datang perayaan, peniaga-peniaga akan membuat jualan pula sebagai daya tarikan untuk pengunjung membeli barang mereka.

"Kita akan buat pemantauan untuk pastikan jualan murah memang patuh peraturan perintah perihal dagangan harga jualan murah," katanya kepada media selepas melakukan pemeriksaan di Bazar Ramadan Mahkota Square, semalam.

Dalam pada itu, Mohd Suffian mengingatkan peniaga yang ingin membuat jualan murah perlu mendapatkan kebenaran daripada KPDNHEP terlebih dahulu.



Menurutnya, mereka menjalankan pemeriksaan berkaitan pematuhan kepada peraturan-peraturan jualan murah bagi memastikan hak penggunaan terpelihara daripada sebarang penipuan.

"Perlu dapat kebenaran supaya mudah untuk kita buat harga perbandingan yang dijual sebelum dan selepas promosi jualan murah dilakukan.

"Dan peniaga yang melaksanakan jualan murah minimum pengurangan tidak boleh kurang 10 peratus daripada harga asal.

"Kita yakin jualan murah dapat membantu meringankan beban pengguna di negeri ini, namun kita berharap agar mereka (peniaga) tidak menipu dalam penjualan murah atau tidak tindakan tegas akan dikenakan," katanya.



Tambahnya, pihak yang terlibat melakukan kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Harga Jualan Murah) 1997.

Sementara itu, Mohd Suffian berkata, pengguna juga perlu bijak berbelanja dan memeriksa harga yang terdapat pada barangan yang dibeli.

"Ini perlu memandangkan pilihan di tangan pengguna dan mereka perlu buat pilihan yang tepat dan tidak mudah terpedaya dengan jualan murah. Jika terdapat sebarang aduan boleh salurkan terus kepada kami untuk tindakan lanjut," katanya. #sumber


Demikianlah Artikel KPDNHEP Pahang Terus Pantau Pasar Raya, Pusat Beli-Belah !

Sekianlah artikel KPDNHEP Pahang Terus Pantau Pasar Raya, Pusat Beli-Belah ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KPDNHEP Pahang Terus Pantau Pasar Raya, Pusat Beli-Belah ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/05/kpdnhep-pahang-terus-pantau-pasar-raya.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "KPDNHEP Pahang Terus Pantau Pasar Raya, Pusat Beli-Belah !"

Catat Ulasan

Loading...