Loading...
Judul : Lelaki Di Penjara 20 Tahun Dan 24 Sebatan Rogol Anak Sendiri
link : Lelaki Di Penjara 20 Tahun Dan 24 Sebatan Rogol Anak Sendiri
Lelaki Di Penjara 20 Tahun Dan 24 Sebatan Rogol Anak Sendiri
Hakim Elesabet Paya Wan menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh yang berusia 45 tahun sejurus lelaki terbabit membuat pengakuan bersalah selepas tiga pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, tertuduh didakwa telah merogol anak perempuannya berusia 16 tahun 8 bulan antara pukul 2 hingga 2.30 pagi di sebuah rumah di Taman Bukit Larang Indah pada 27 Februari, 22 Mac dan 21 April tahun ini.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan tidak kurang daripada 10 sebatan, jika sabit kesalahan.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam sebelum itu merayu agar hukumannya diringankan dengan alasan dia telah insaf selain hanya bekerja sebagai pembantu penjual air dan terpaksa menyara lapan orang anak termasuk seorang orang kurang upaya (OKU) manakala isterinya tidak bekerja sejak berkahwin.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Wai Yee bagaimanapun merayu hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh dengan mengambil kira faktor perbuatan terkutuk yang dilakukan terhadap anak sendiri, selain mangsa yang merupakan anak keenam mengalami trauma teruk dari segi emosi dan psikologi.
Tambahnya, perbuatan hina itu juga hanya terbongkar selepas guru yang mengajar mangsa di sekolah menyedari kesan kelar pada pergelangan tangan remaja berkenaan dan tertuduh sama sekali tidak menyesal dengan perbuatannya kerana telah berulang kali merogol anaknya itu demi memuaskan nafsunya.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu 17 Mei lalu dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan.
Beliau bagaimanapun memerintahkan hanya 24 sebatan akan dilaksanakan merujuk kepada Seksyen 288 Kanun Tata Cara Jenayah yang hanya membenarkan mahkamah mengenakan maksimum 24 sebatan bagi pesalah dewasa. #sumber
Demikianlah Artikel Lelaki Di Penjara 20 Tahun Dan 24 Sebatan Rogol Anak Sendiri
Sekianlah artikel Lelaki Di Penjara 20 Tahun Dan 24 Sebatan Rogol Anak Sendiri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lelaki Di Penjara 20 Tahun Dan 24 Sebatan Rogol Anak Sendiri dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/05/lelaki-di-penjara-20-tahun-dan-24.html
0 Response to "Lelaki Di Penjara 20 Tahun Dan 24 Sebatan Rogol Anak Sendiri"
Catat Ulasan