Loading...
Judul : NGO Gesa Kerajaan Segerakan Kebenaran Melombong Bauksit
link : NGO Gesa Kerajaan Segerakan Kebenaran Melombong Bauksit
NGO Gesa Kerajaan Segerakan Kebenaran Melombong Bauksit
Tindakan melewatkan kerja-kerja berkaitan akan merugikan banyak pihak sebenarnya. Demikian ditegaskan oleh Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli, 48. Sebelum ini beliau adalah antara orang terawal yang menentang aktiviti perlombongan terbabit. Namun kini, beliau melihat dari sudut ekonomi maka ia perlu diteruskan dengan kadar segera.
Namun kini katanya. SOP sudah dirangka dan orang awam sudah diberi pencerahan menerusi taklimat khas yang diadakan di Kuantan pada 14 April lalu.
Ia membolehkan Jawatankuasa Eksekutif Penilaian mendengar penjelasan semua pihak berkepentingan termasuk daripada kerajaan negeri, jabatan dan agensi kerajaan terlibat, pemain industri, NGO, pakar pengurusan alam sekitar, kesihatan awam serta orang awam mengenai draf SOP tersebut. Jawatankuasa Eksekutif boleh mengambil maklum semua pandangan yang dikemukakan untuk diperhalusi sebelum dimuktamadkan.
Malahan kebanyakan mereka yang hadir pada takjlimat itu adalah terdiri dalam kalangan peneroka Felda Bukit Goh yang mahukan kerajaan membenarkan semula aktiviti tersebut diteruskan dalam tempoh terdekat. Ini kerana mereka sudah lama hilang punca pendapatan selepas kerajaan mengenakan tempoh moratorium ke atas kegiatan perlombongan bahan mineral itu tiga tahun lepas.
Terdahulu awal tahun ini Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. A. Xavier Jayakumar juga ada mengumumkan tempoh moratorium tamat 31 Mac 2019. Ini bermakna semua kerja-kerja pengeluaran, pengangkutan dan pengeksportan bahan tersebut boleh bermula semula pada 1 April. Namun hingga ke saat ini semua pihak masih tertunggu-tunggu kenyataan rasmi kerajaan terhadap aktiviti perlombongan ini.
Namun, hingga kini kerja berkaitan masih tergendala kerana proses kelulusan SOP dan kebenaran yang masih dikaji oleh pihak kerajaan. Ia meresahkan sebahagian besar peneroka Felda yang terlibat terutamanya menjelang ketibaan hari raya tidak lama lagi.
Kerajaan katanya perlu mengambil kira masalah yang dihadapi oleh semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan industri ini. Tindakan melewatkan kerja-kerja berkaitan akan menimbulkan lebih banyak masalah terutamanya kepada para peneroka Felda Bukit Goh yang terlibat dengan aktiviti ini sebenarnya. #PDO
Demikianlah Artikel NGO Gesa Kerajaan Segerakan Kebenaran Melombong Bauksit
Sekianlah artikel NGO Gesa Kerajaan Segerakan Kebenaran Melombong Bauksit kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel NGO Gesa Kerajaan Segerakan Kebenaran Melombong Bauksit dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/05/ngo-gesa-kerajaan-segerakan-kebenaran.html
0 Response to "NGO Gesa Kerajaan Segerakan Kebenaran Melombong Bauksit"
Catat Ulasan