Loading...

Orang Asli Berjaya Perlu Bantu Golongan Muda Masyarakat Itu

Loading...
Orang Asli Berjaya Perlu Bantu Golongan Muda Masyarakat Itu - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Orang Asli Berjaya Perlu Bantu Golongan Muda Masyarakat Itu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Orang Asli Berjaya Perlu Bantu Golongan Muda Masyarakat Itu
link : Orang Asli Berjaya Perlu Bantu Golongan Muda Masyarakat Itu

Baca juga


Orang Asli Berjaya Perlu Bantu Golongan Muda Masyarakat Itu


ROMPIN - Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah hari ini mahu individu Orang Asli yang telah berjaya menjadi inspirasi dan ‘menarik’ golongan muda masyarakat itu mencapai kejayaan.

Baginda bertitah mereka yang telah berjaya boleh melibatkan diri secara aktif membantu masyarakat Orang Asli dan tidak hanya meletakkan tanggungjawab itu pada bahu kerajaan.

"Mereka perlu tampil untuk membantu memajukan Orang Asli supaya boleh menjadi inspirasi kepada golongan muda, khususnya kepada kanak-kanak yang perlu disemai dengan sikap yakin dengan diri untuk berjaya.

"Anak-anak Orang Asli perlu disemai dengan keyakinan sehingga mereka berani keluar daripada persekitaran hidup tradisional yang secara tidak langsung membantu mereka lebih bersedia menghadapi persaingan dunia luar," titah baginda.

Tengku Hassanal bertitah demikian pada Program Bersama Masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli Bukit Serok di Muadzam Shah di sini, hari ini.

Baginda juga menitahkan organisasi sukarelawan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pendidikan serta kebajikan lebih aktif menganjurkan program bersifat interaktif dengan masyarakat Orang Asli.

Tengku Hassanal bertitah, selain bantuan dalam aspek pendidikan, kerajaan juga perlu memberi perhatian kepada program meningkatkan kemahiran masyarakat Orang Asli, yang dapat membantu mereka mendapat pekerjaan lebih baik.

"Ini bukan hanya meningkatkan taraf hidup, tetapi menyediakan mereka untuk menjadi tenaga kerja berkemahiran selaras dengan keperluan membangunkan negara pada masa depan," katanya.

Selain itu, Tengku Hassanal turut mengingatkan rakyat Pahang bersatu-padu dan saling menghormati meskipun berbeza pendapat serta fahaman politik.

"Saya ingin menasihatkan jika ada perkara yang mereka tidak berpuas hati, ia hendaklah disalurkan mengikut saluran yang betul dan berlandaskan undang-undang untuk dibincangkan," titah baginda.

Pada majlis itu, Tengku Hassanal berkenan mencemar duli menyampaikan sumbangan kepada 200 orang asnaf dari sekitar Muadzam Shah. #sumber


Demikianlah Artikel Orang Asli Berjaya Perlu Bantu Golongan Muda Masyarakat Itu

Sekianlah artikel Orang Asli Berjaya Perlu Bantu Golongan Muda Masyarakat Itu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Orang Asli Berjaya Perlu Bantu Golongan Muda Masyarakat Itu dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/05/orang-asli-berjaya-perlu-bantu-golongan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Orang Asli Berjaya Perlu Bantu Golongan Muda Masyarakat Itu"

Catat Ulasan

Loading...