Loading...
Judul : Pekerja Kantin Didenda RM5,000 Balasan Rasuah Polis RM200
link : Pekerja Kantin Didenda RM5,000 Balasan Rasuah Polis RM200
Pekerja Kantin Didenda RM5,000 Balasan Rasuah Polis RM200
KUANTAN - Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang pekerja kantin sebuah kilang RM5,000 selepas mengaku bersalah atas tuduhan alternatif memberi suapan kepada anggota polis, minggu lepas.
Hakim Mohd Ghazali Mohamad Taib juga memerintahkan tertuduh Lew Yoke Shing, 42, yang berasal dari Padang Tengku, Lipis dekat sini, menjalani hukuman penjara lima bulan, jika gagal menjelaskan denda itu.
Tertuduh didakwa memberikan suapan RM200 kepada anggota unit rondaan kereta peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Lipis Lans Koperal Muhammad Syafiq Shamsuddin pada 11.30 pagi, 8 Mei lepas.
Kesalahan itu didakwa berlaku di kilometer 27 Jalan Merapoh-Lipis dan didakwa sebagai dorongan untuk anggota tersebut tidak menahannya yang disyaki terlibat dengan kesalahan berkaitan dadah.
Pertuduhan alternatif itu ditawarkan mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 bulan atau denda tak lebih RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada prosiding itu, Lew yang tidak diwakili peguam merayu mahkamah menjatuhkan hukuman ringan terhadapnya kerana mendakwa dirinya menghidap sakit jantung dan perlu menjaga ibunya yang sudah berusia.
Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohamad Fadhly Mohd Zamry bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.
Anggota keluarga tertuduh yang turut hadir di mahkamah hari ini, difahamkan menjelaskan denda tersebut. #sumber
Demikianlah Artikel Pekerja Kantin Didenda RM5,000 Balasan Rasuah Polis RM200
Sekianlah artikel Pekerja Kantin Didenda RM5,000 Balasan Rasuah Polis RM200 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pekerja Kantin Didenda RM5,000 Balasan Rasuah Polis RM200 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/05/pekerja-kantin-didenda-rm5000-balasan.html
0 Response to "Pekerja Kantin Didenda RM5,000 Balasan Rasuah Polis RM200"
Catat Ulasan