Loading...
Judul : Peraturan Baharu Cermin Gelap Akan Berkuatkuasa Mulai Esok
link : Peraturan Baharu Cermin Gelap Akan Berkuatkuasa Mulai Esok
Peraturan Baharu Cermin Gelap Akan Berkuatkuasa Mulai Esok
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pindaan ke atas peraturan cermin gelap di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 itu turut meliputi kenderaan e-hailing seperti Grab.
"Kadar ketelusan cahaya pada bahagian cermin depan serta cermin sisi kanan dan kiri pemandu kekal seperti sedia ada.
"Namun, mana-mana individu boleh memohon untuk menggunakan cermin lebih gelap bagi kedua-dua cermin terbabit atas faktor keselamatan dan kesihatan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pindaan peraturan penggunaan cermin gelap ke atas kenderaan motor di lobi Kementerian Pengangkutan di sini hari ini.
Peraturan sebelum ini menetapkan kadar gelap Visible Light Transmission (VLT) yang dibenarkan ialah cermin hadapan sebanyak 70 peratus, cermin sisi hadapan (50 peratus) serta cermin penumpang dan belakang (30 peratus).
Mengulas lanjut, Siew Fook berkata, permohonan yang diluluskan untuk tujuan menggelapkan cermin kenderaan sepenuhnya akan dikenakan fi sebanyak RM5,000 bagi setiap kenderaan untuk tempoh dua tahun.
Menurutnya, sebelum itu, pemilik kenderaan perlu membayar fi perkhidmatan sebanyak RM50 bagi permohonan yang dikemukakan atas faktor keselamatan.
"Permohonan di atas faktor kesihatan pula akan dikecualikan daripada bayaran fi namun perlu mendapat pengesahan bertulis daripada pakar perubatan kerajaan.
"Individu yang telah diluluskan penggunaan cermin lebih gelap perlu memohon semula apabila tempoh sah laku tamat dan akan dikenakan fi sama dalam setiap permohonannya" katanya.
Sementara itu, Siew Fook berkata, penguatkuasaan ke atas peraturan baharu itu akan bermula tiga bulan dari sekarang.
"Sebarang permohonan pengecualian boleh dikemukan mulai tarikh kuat kuasa pindaan kaedah ini," katanya.
Dalam pada itu, Siew Fook memberitahu, pindaan peraturan penggunaan cermin gelap itu antara lain bertujuan meningkatkan hasil kerajaan menerusi bayaran fi permohonan dan pemprosesan yang dikenakan. #sumber
Demikianlah Artikel Peraturan Baharu Cermin Gelap Akan Berkuatkuasa Mulai Esok
Sekianlah artikel Peraturan Baharu Cermin Gelap Akan Berkuatkuasa Mulai Esok kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Peraturan Baharu Cermin Gelap Akan Berkuatkuasa Mulai Esok dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/05/peraturan-baharu-cermin-gelap-akan.html

0 Response to "Peraturan Baharu Cermin Gelap Akan Berkuatkuasa Mulai Esok"
Catat Ulasan