Loading...
Judul : Peraturan Baharu Cermin Gelap Kenderaan Akan Diumum Esok
link : Peraturan Baharu Cermin Gelap Kenderaan Akan Diumum Esok
Peraturan Baharu Cermin Gelap Kenderaan Akan Diumum Esok
KUALA LUMPUR - Peraturan baharu mengenai penggunaan cermin gelap kenderaan akan diumum esok dalam satu sidang media selepas mesyuarat bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
“Kita sudah berbincang dalam kementerian bersama dengan JPJ. Memang kita akan membuat pindaan terhadap peraturan cermin gelap yang akan saya umumkan pada sidang media esok selepas perjumpaan dengan JPJ secara muktamad,” katanya kepada Bernama selepas program temu bual ‘The Nation’ terbitan Bernama News Channel, hari ini.
Loke berkata sesiapa yang ingin mendapat pengecualian untuk menggunakan cermin gelap memerlukan surat kebenaran daripada Ketua Pengarah JPJ dan bayaran tambahan juga akan dikenakan.
“Mana-mana pihak yang ingin mendapatkan pengecualian mesti ada alasan atas isu keselamatan atau kesihatan.
“Tetapi saya nak perjelaskan jangan ada mana-mana pihak salah faham bahawa kita nak kenakan caj kepada semua orang. Kalau mengikut peraturan yang kita tetapkan tidak ada bayaran kepada kerajaan, bayaran hanya dikenakan kepada mereka yang minta pengecualian terhadap peraturan itu sahaja,” katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Peraturan Baharu Cermin Gelap Kenderaan Akan Diumum Esok
Sekianlah artikel Peraturan Baharu Cermin Gelap Kenderaan Akan Diumum Esok kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Peraturan Baharu Cermin Gelap Kenderaan Akan Diumum Esok dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/05/peraturan-baharu-cermin-gelap-kenderaan.html
0 Response to "Peraturan Baharu Cermin Gelap Kenderaan Akan Diumum Esok"
Catat Ulasan