Loading...
Judul : Perdana Menteri Sahkan Abd Hamid Ketua Polis Negara Baharu
link : Perdana Menteri Sahkan Abd Hamid Ketua Polis Negara Baharu
Perdana Menteri Sahkan Abd Hamid Ketua Polis Negara Baharu
PUTRAJAYA - Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan pelantikan pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara (KPN) baharu.
Perdana Menteri berkata, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diyakini sudah menandatangani surat pelantikan Abdul Hamid.
“Ya, saya fikir dialah (Abdul Hamid) jadi KPN. Saya fikir Agong telah tandatangan (surat pelantikan)” katanya kepada pemberita selepas majlis Sambutan Hari Pekerja Tahun 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Abdul Hamid dijangka akan menggantikan Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang akan bersara wajib Jumaat ini.
Mohamad Fuzi dilantik sebagai Ketua Polis Negara menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 4 September 2017.
Desas-desus mengenai pelantikan Abdul Hamid sebagai KPN menggantikan Mohamad Fuzi mulai tersebar sejak Februari lalu. #sumber
Demikianlah Artikel Perdana Menteri Sahkan Abd Hamid Ketua Polis Negara Baharu
Sekianlah artikel Perdana Menteri Sahkan Abd Hamid Ketua Polis Negara Baharu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Perdana Menteri Sahkan Abd Hamid Ketua Polis Negara Baharu dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/05/perdana-menteri-sahkan-abd-hamid-ketua.html
0 Response to "Perdana Menteri Sahkan Abd Hamid Ketua Polis Negara Baharu"
Catat Ulasan