Loading...
Judul : Polis: Hasrat Melaram Barang Kemas lNaru Lebur Akibat Ditipu
link : Polis: Hasrat Melaram Barang Kemas lNaru Lebur Akibat Ditipu
Polis: Hasrat Melaram Barang Kemas lNaru Lebur Akibat Ditipu
KUANTAN - Hasrat seorang wanita untuk melaram barang kemas baharu lebur apabila diperdayakan penjual emas yang hanya dikenalinya menerusi laman sosial Facebook, sekitar Februari lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa, 30, mendakwa telah membayar RM4,247 selepas berurusan dengan suspek wanita yang dipercayai mengendalikan akaun sosial tersebut.
"Mangsa berkata dia mahu membeli dua utas rantai tangan emas, seutas rantai leher bersama loket dan sebentuk cincin emas. Dia diminta menjelaskan bayaran kesemua barangan itu ke dalam akaun bank yang diberikan suspek pada 12 Feb lepas.
"Suspek mendakwa dia akan menghantar barang kemas itu kepada mangsa sebaik sahaja menerimanya daripada kedai, namun sehingga kini mangsa mendakwa barangan tersebut tidak sampai kepadanya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohd Wazir berkata mangsa yang berasa ditipu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Pada kes berasingan, seorang pelajar kerugian RM4,050 selepas diperdayakan dengan tawaran jualan murah telefon pintar iPhone X di Instagram yang kononnya hanya berharga RM1,850.
Mohd Wazir berkata mangsa, 21, mendakwa telah membuat transaksi pemindahan wang yang dikatakan sebagai harga jualan telefon itu pada 6.55 petang 26 Mei sebelum dihubungi suspek sekali lagi kira-kira dua jam kemudian.
"Suspek meminta mangsa membayar RM2,200 yang dikatakan untuk mengaktifkan aplikasi pengenalan diri (ID) telefon tersebut yang kononnya akan dipulangkan semula selepas 10 minit ia diaktifkan," katanya.
Mangsa bagaimanapun berasa curiga selepas suspek sekali lagi menghubunginya untuk meminta bayaran tambahan atas alasan ID telefon itu tidak berjaya diaktifkan pada cubaan kali pertama, menyebabkan dia membuat laporan polis di IPD Kuantan semalam. #sumber
Demikianlah Artikel Polis: Hasrat Melaram Barang Kemas lNaru Lebur Akibat Ditipu
Sekianlah artikel Polis: Hasrat Melaram Barang Kemas lNaru Lebur Akibat Ditipu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Polis: Hasrat Melaram Barang Kemas lNaru Lebur Akibat Ditipu dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/05/polis-hasrat-melaram-barang-kemas-lnaru.html
0 Response to "Polis: Hasrat Melaram Barang Kemas lNaru Lebur Akibat Ditipu"
Catat Ulasan