Loading...

Polis: Macau Scam, Akaun Bank Kosong Dalam Masa 30 Minit

Loading...
Polis: Macau Scam, Akaun Bank Kosong Dalam Masa 30 Minit - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis: Macau Scam, Akaun Bank Kosong Dalam Masa 30 Minit, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis: Macau Scam, Akaun Bank Kosong Dalam Masa 30 Minit
link : Polis: Macau Scam, Akaun Bank Kosong Dalam Masa 30 Minit

Baca juga


Polis: Macau Scam, Akaun Bank Kosong Dalam Masa 30 Minit


KUANTAN - Hanya 30 minit. Itu tempoh masa yang diambil sindiket Macau Scam untuk mengosongkan akaun bank seorang peniaga yang diperdayakan dengan dakwaan terlibat dalam jenayah pengubahan wang haram. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusuf berkata, lelaki berusia 51 tahun itu yang mengalami kerugian RM56,479.80, mendakwa dihubungi sorang lelaki kononnya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pagi semalam.

Mangsa mendakwa suspek memberitahu namanya terlibat dalam kes pengubahan wang haram berjumlah RM1.2 juta yang boleh menyebabkan dia dipenjarakan seumur hidup.

"Panggilan itu kemudiannya disambungkan kepada suspek kedua yang mendakwa dirinya boleh memperkenalkan mangsa kepada seorang 'datuk' bagi menyelesaikan masalah tersebut.

"Suspek meminta mangsa menyerahkan butiran peribadi perbankan dan membuka sebuah akaun baharu sebelum memberi jaminan kes itu akan diselesaikan dalam tempoh 24 jam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd. Wazir berkata, dalam tempoh setengah jam selepas melakukan semua arahan suspek, mangsa membuat semakan akaun banknya dan mendapati hanya terdapat RM33 di dalamnya.

Sehubungan itu, dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini semalam, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pada kes berasingan, tindakan seorang pesara berusia 65 tahun mahu membuat pinjaman sebanyak RM5,000 bagi membayar hutang 'memakan diri' apabila syarikat kewangan yang diketahuinya menerusi laman sosial itu tidak wujud.

Lelaki warga emas itu mendakwa telah membuat bayaran sebanyak RM1,680 kepada wakil syarikat itu pada 11 April lalu dalam dua transaksi berbeza, kononnya sebagai bayaran wang pemprosesan dan wang perjanjian sebelum boleh menerima wang tersebut. #sumber


Demikianlah Artikel Polis: Macau Scam, Akaun Bank Kosong Dalam Masa 30 Minit

Sekianlah artikel Polis: Macau Scam, Akaun Bank Kosong Dalam Masa 30 Minit kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis: Macau Scam, Akaun Bank Kosong Dalam Masa 30 Minit dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/05/polis-macau-scam-akaun-bank-kosong.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Polis: Macau Scam, Akaun Bank Kosong Dalam Masa 30 Minit"

Catat Ulasan

Loading...