Loading...
Judul : Projek Baju Raya Gembirakan Pesakit Distrofi Otot Di Kuantan
link : Projek Baju Raya Gembirakan Pesakit Distrofi Otot Di Kuantan
Projek Baju Raya Gembirakan Pesakit Distrofi Otot Di Kuantan
Ibunya, Shahida Mohd Noor, 43, berkata bantuan yang diterima sangat membantu mengurangkan perbelanjaan bagi persiapan raya, membolehkan wang itu digunakan untuk keperluan yang lebih mendesak memandangkan beliau adalah penyara tunggal keluarga.
"Saya menyara kehidupan dengan membuat kuih tradisional. Keutamaan sudah tentu untuk perbelanjaan persekolahan dan keperluan perubatan Shahidam, selain susu khas anak yang diminum setiap hari.
"Syukur kami menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 setiap bulan untuk Shahidam. Alhamdulillah, hari ini Shahidam dapat pula baju raya... ini semuanya rezeki anak," katanya.
Shahida berkata demikian semasa ditemui Bernama di sebuah pasar raya di sini hari ini, pada Program Projek Baju Raya yang dihadiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh, yang juga Anggota Parlimen Kuantan.
Fuziah berkata, 110 penerima yang berusia antara lima hingga 17 tahun dari golongan asnaf sekitar Kuantan, menerima baucar bernilai RM100 setiap seorang untuk dibelanjakan di pasar raya itu bagi membeli baju dan kelengkapan hari raya.
Beliau menambah pejabatnya sedang berusaha untuk membantu lebih ramai golongan kurang bermasib baik kerana menyedari sedikit sebanyak bantuan yang diberikan dapat mengurangkan beban kewangan mereka.
"Kita sedang berusaha mengumpul dana dengan kerjasama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu terlibat sama dan berharap lebih ramai akan membantu supaya mereka yang memerlukan ini mendapat perhatian sewajarnya," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Projek Baju Raya Gembirakan Pesakit Distrofi Otot Di Kuantan
Sekianlah artikel Projek Baju Raya Gembirakan Pesakit Distrofi Otot Di Kuantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Projek Baju Raya Gembirakan Pesakit Distrofi Otot Di Kuantan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/05/projek-baju-raya-gembirakan-pesakit.html
0 Response to "Projek Baju Raya Gembirakan Pesakit Distrofi Otot Di Kuantan"
Catat Ulasan