Loading...

PRU Mengejut: UMNO Masih Lagi Terkejut Kekalahan PRU-14 !

Loading...
PRU Mengejut: UMNO Masih Lagi Terkejut Kekalahan PRU-14 ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRU Mengejut: UMNO Masih Lagi Terkejut Kekalahan PRU-14 !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRU Mengejut: UMNO Masih Lagi Terkejut Kekalahan PRU-14 !
link : PRU Mengejut: UMNO Masih Lagi Terkejut Kekalahan PRU-14 !

Baca juga


PRU Mengejut: UMNO Masih Lagi Terkejut Kekalahan PRU-14 !


IPOH - Kenyataan pemimpin UMNO bahawa kemungkinan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan secara mengejut menunjukkan parti itu masih terkejut dengan kekalahan dalam PRU-14.

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah semalam tidak wajar.

Menurutnya, ini kerana PRU-14 baru setahun diadakan dan tempoh empat tahun lagi untuk PRU-15 diadakan.

“Saya rasa dia masih terkejut bahawa UMNO tewas pada pilihan raya lepas. Saya rasa kita perlu akur kepada pilihan rakyat dan kalau mereka masih terkejut, belajar untuk ‘move on’.

“Kalau sudah jadi pembangkang, jadilah pembangkang yang baik. Pilihan raya lepas baru sampai satu tahun dan kita ada empat tahun lagi, mereka sudah hendak fokus kepada PRU yang baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis doa kesyukuran dan berbuka puasa anjuran Armada Bersatu Perak di Laman Seri Ridzuan di sini hari ini.

Semalam, Tengku Razaleigh berkata, UMNO perlu mula bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk berlakunya PRU-15 secara mengejut.

Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata, persediaan tersebut termasuklah berhubung pengagihan kerusi untuk ditandingi yang perlu dibincangkan bersama rakan parti pembangkang iaitu, Pas serta parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.

Syed Saddiq yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, kerajaan tidak boleh hanya memfokuskan kepada PRU sebaliknya perlu mentadbir dengan cekap dan terus berkhidmat kepada rakyat berbilang bangsa dan agama.

“Ketika ini adalah masa untuk ke hadapan setelah rakyat bersuara dalam PRU yang lalu,” katanya. #sumber


Demikianlah Artikel PRU Mengejut: UMNO Masih Lagi Terkejut Kekalahan PRU-14 !

Sekianlah artikel PRU Mengejut: UMNO Masih Lagi Terkejut Kekalahan PRU-14 ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRU Mengejut: UMNO Masih Lagi Terkejut Kekalahan PRU-14 ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/05/pru-mengejut-umno-masih-lagi-terkejut.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PRU Mengejut: UMNO Masih Lagi Terkejut Kekalahan PRU-14 !"

Catat Ulasan

Loading...