Loading...
Judul : Reman Warden Asrama Di Dakwa Liwat Pelajar Di Sambung !
link : Reman Warden Asrama Di Dakwa Liwat Pelajar Di Sambung !
Reman Warden Asrama Di Dakwa Liwat Pelajar Di Sambung !
Suspek sebelum ini telah direman bermula 11 Mei sehingga 17 Mei.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, lanjutan reman itu bagi melengkapkan proses siasatan polis berhubung kejadian liwat yang dilakukan oleh suspek.
“Kita ada terima maklumat positif daripada suspek bagi membantu siasatan polis,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau juga tidak menolak mangsa yang terlibat dalam kes liwat melebihi lima orang.
Katanya, setakat ini hanya lima mangsa telah tampil membuat laporan polis.
Beliau berharap orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini supaya tampil membuat laporan polis.
Sebelum ini media melaporkan dua pelajar pusat tahfiz mendakwa diliwat manakala tiga pelajar lagi mendakwa dicabul oleh warden asrama mereka sepanjang berada di pusat tahfiz berkenaan.
Perbuatan tidak bermoral suspek terbongkar selepas seorang daripada mangsa liwat berusia 15 tahun tampil membuat aduan pada 24 April lalu, mendakwa dia diliwat dan dipaksa melakukan amang seksual di bilik warden berkenaan.
Mangsa turut mendakwa suspek mengugut memukulnya sekiranya kejadian itu dilaporkan namun mangsa yang tidak tahan diperlakukan demikian bertindak membuat aduan. #sumber
Demikianlah Artikel Reman Warden Asrama Di Dakwa Liwat Pelajar Di Sambung !
Sekianlah artikel Reman Warden Asrama Di Dakwa Liwat Pelajar Di Sambung ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Reman Warden Asrama Di Dakwa Liwat Pelajar Di Sambung ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/05/reman-warden-asrama-di-dakwa-liwat.html

0 Response to "Reman Warden Asrama Di Dakwa Liwat Pelajar Di Sambung !"
Catat Ulasan