Loading...

Suspek Bakar Kereta Ahli Unit Amal, Pegawai Asri Persoal PAS

Loading...
Suspek Bakar Kereta Ahli Unit Amal, Pegawai Asri Persoal PAS - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Suspek Bakar Kereta Ahli Unit Amal, Pegawai Asri Persoal PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Suspek Bakar Kereta Ahli Unit Amal, Pegawai Asri Persoal PAS
link : Suspek Bakar Kereta Ahli Unit Amal, Pegawai Asri Persoal PAS

Baca juga


Suspek Bakar Kereta Ahli Unit Amal, Pegawai Asri Persoal PAS


PETALING JAYA: Pegawai Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin mempersoal peranan Unit Amal PAS selepas pendedahan penglibatan individu yang mempunyai kedudukan penting dalam parti Islam itu dalam perbuatan membakar kereta rasmi mufti tersebut.

“Memang benar Dr Maza kadang-kala melontar pandangan berbeza dengan parti mereka. Beliau juga sering memberikan kritikan ilmiah terhadap parti berkenaan sejak dahulu.

“Persoalannya jika tidak setuju, apakah mereka sehingga menghalalkan memusnahkan harta dan mencederakan tubuh orang yang berbeza pandangan dengan mereka?

“Mengapa tidak sekadar menganjurkan debat ilmiah perbezaan pandangan Dr Maza dan PAS dalam isu kafir-mengkafir sesama Islam, umpamanya,” tulis pentadbir Facebook mufti itu.

Isnin lalu, Ketua Polis Perlis Noor Mushar Mohamad berkata seorang penganggur berusia 36 tahun ditahan di rumahnya di Kampung Jelempok di Arau, Perlis berhubung perbuatan membakar kereta rasmi Asri.

Beliau berkata suspek mengaku diupah RM500 oleh seorang individu untuk melakukan perbuatan khianat itu bersama seorang rakan yang masih bebas, yang dikenali sebagai “Mie Tomoi”.

Menurut suspek, seorang daripada individu terbabit menawarkan upah yang lumayan dengan menyuruhnya dan Mie Tomoi menyimbah asid ke muka Asri tetapi tidak dipersetujui, katanya.

Selepas penangkapan itu, tersebar wajah individu yang mengupah suspek di akaun media sosial, yang mengaitkannya dengan PAS.

Menurut maklumat di laman Facebook “Tuah Rezzal YB”, suspek dikenali sebagai Azimar didakwa diupah oleh individu yang dikenali sebagai Ahmad Muzaini Mydin.

Muzaini dikatakan ahli PAS dan anggota Unit Amal parti itu.

Kunjungan ke laman Facebook Asri sekitar 5.30 petang tadi mendapati tulisan pegawai tersebut sudah diturunkan. #sumber


Demikianlah Artikel Suspek Bakar Kereta Ahli Unit Amal, Pegawai Asri Persoal PAS

Sekianlah artikel Suspek Bakar Kereta Ahli Unit Amal, Pegawai Asri Persoal PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Suspek Bakar Kereta Ahli Unit Amal, Pegawai Asri Persoal PAS dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/05/suspek-bakar-kereta-ahli-unit-amal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Suspek Bakar Kereta Ahli Unit Amal, Pegawai Asri Persoal PAS"

Catat Ulasan

Loading...