Loading...
Judul : Tarawih: Nik Abduh Harap Larangan Kedai Makan Di Tarik Balik
link : Tarawih: Nik Abduh Harap Larangan Kedai Makan Di Tarik Balik
Tarawih: Nik Abduh Harap Larangan Kedai Makan Di Tarik Balik
KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berharap larangan operasi premis makanan bermula pukul 8.30 malam sehingga 10 malam di Kelantan sepanjang Ramadan ditarik balik.
Ahli Parlimen Bachok itu berkata, arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan Pas Kelantan itu dilihat telah mengganggu keberkatan bulan Ramadan yang menggalakkan umat Islam mencari rezeki yang halal dan bukannya dihalang.
"Saya ditunjukkan surat arahan tersebut selepas solat sunat Tarawih. Selepas disahkan kebenarannya, saya dengan ini berharap dan berdoa agar arahan ini ditarik balik.
“Pada bulan penuh kelebihan ini, umat Islam digalakkan menguruskan masa masing-masing dengan bijak dan berhikmah untuk melakukan ibadah khusus berpandukan sunnah Rasulullah SAW," katanya dalam satu kenyataan menerusi akaun Facebooknya malam tadi.
Menurutnya lagi, barang siapa yang diharamkan oleh Allah dengan keberkatan dan kelebihan di bulan Ramadhan, maka sesungguhnya dia telah diharamkan daripada segala kebaikan - maksud hadis al Rasul.
Semalam tular dilaman sosial surat arahan yang dikeluarkan oleh pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri kepada Ketua Pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya semua premis makanan ditutup atau menghentikan operasi selama sejam 30 minit bermula dari pukul 8.30 malam sepanjang Ramadan.
Surat yang ditandatangani oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Adnan Hussin itu menjelaskan bahawa arahan tersebut bagi menghormati Ramadan dan mengalakkan umat Islam menunaikan solat sunat Tarawih. #sumber
Demikianlah Artikel Tarawih: Nik Abduh Harap Larangan Kedai Makan Di Tarik Balik
Sekianlah artikel Tarawih: Nik Abduh Harap Larangan Kedai Makan Di Tarik Balik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tarawih: Nik Abduh Harap Larangan Kedai Makan Di Tarik Balik dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/05/tarawih-nik-abduh-harap-larangan-kedai.html
0 Response to "Tarawih: Nik Abduh Harap Larangan Kedai Makan Di Tarik Balik"
Catat Ulasan