Loading...

Tujuh Orang Peniaga Bazar Ramadan Kena Kompaun Oleh MPK

Loading...
Tujuh Orang Peniaga Bazar Ramadan Kena Kompaun Oleh MPK - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tujuh Orang Peniaga Bazar Ramadan Kena Kompaun Oleh MPK, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tujuh Orang Peniaga Bazar Ramadan Kena Kompaun Oleh MPK
link : Tujuh Orang Peniaga Bazar Ramadan Kena Kompaun Oleh MPK

Baca juga


Tujuh Orang Peniaga Bazar Ramadan Kena Kompaun Oleh MPK


KUANTAN - Tujuh peniaga bazar Ramadan tapak baharu di Indera Sempurna masing-masing dikenakan kompaun RM250 kerana berniaga tanpa permit, pada Isnin lalu.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporatnya, Nor Kamawati Kamal berkata, kompaun itu dikeluarkan selepas pemeriksaan dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) di tapak bazar terbabit.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati penganjur bazar tidak mendapat kelulusan tapak bagi menjalankan perniagaan bazar Ramadan.

“Penganjur bazar gagal mengemukakan surat kebenaran menjalankan perniagaan meskipun program bazar Ramadan itu dibuat di atas tanah milik persendirian.

“Mereka perlu mendapat kelulusan dan kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan menerusi permohonan sebelum aktiviti perniagaan dimulakan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambahnya, pihaknya tidak boleh berkompromi membabitkan lesen perniagaan terutamanya yang berkait dengan menyediakan makanan.

Katanya, ini bagi menjamin tahap kebersihan dan keselesaan pengguna selain kemudahan tempat meletak kenderaan.

“Kes membabitkan kompaun dikenakan pada peniaga bazar Ramadan jarang berlaku sebelum ini, namun pada hari pertama Ramadan tahun ini ia berlaku," katanya.


MPK tahun ini menyediakan sebanyak 1,953 permit gerai jualan bazar Ramadan di 35 lokasi tapak perniagaan di daerah ini.

Daripada 35 tapak bazar, lapan lokasi membabitkan seramai 499 peniaga yang menjual pelbagai jenis barangan manakala 27 lokasi lagi (1,454) peniaga menjual makanan, kuih dan air.

Dalam pada itu, Nor Kamawati berkata, tahap kebersihan bazar Ramadan berada dalam keadaan memuaskan.

Selain itu, beliau menasihatkan peniaga supaya memakai pakaian sopan dan bertudung kepala serta wajib meletakkan tanda harga pada setiap barangan yang dijual.

“Harga yang ditawarkan perlu berpatutan dan tidak terlalu mahal sehingga membebankan pengguna yang setiap hari terpaksa mendapatkan juadah berbuka puasa,” katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Tujuh Orang Peniaga Bazar Ramadan Kena Kompaun Oleh MPK

Sekianlah artikel Tujuh Orang Peniaga Bazar Ramadan Kena Kompaun Oleh MPK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tujuh Orang Peniaga Bazar Ramadan Kena Kompaun Oleh MPK dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/05/tujuh-orang-peniaga-bazar-ramadan-kena.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tujuh Orang Peniaga Bazar Ramadan Kena Kompaun Oleh MPK"

Catat Ulasan

Loading...