Loading...

Tun Dr Mahathir Dan Abe Adakan Pertemuan Dua Hala di Tokyo

Loading...
Tun Dr Mahathir Dan Abe Adakan Pertemuan Dua Hala di Tokyo - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tun Dr Mahathir Dan Abe Adakan Pertemuan Dua Hala di Tokyo, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tun Dr Mahathir Dan Abe Adakan Pertemuan Dua Hala di Tokyo
link : Tun Dr Mahathir Dan Abe Adakan Pertemuan Dua Hala di Tokyo

Baca juga


Tun Dr Mahathir Dan Abe Adakan Pertemuan Dua Hala di Tokyo


TOKYO - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya dari Jepun Shinzo Abe di Pejabat Perdana Menteri di Nagato-cho, Chiyoda-ku di sini.

Kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan perkara-perkara yang menjadi minat dan kepentingan bersama bagi mengukuhkan hubungan dan kerjasama dua hala dalam banyak bidang meliputi perdagangan, pendidikan, pertahanan dan lain-lain.

Dr Mahathir, dalam ucapan pembukaannya, berkata Malaysia amat menghargai sokongan dari Jepun dan berharap hubungan baik yang telah sedia terjalin antara kedua-dua negara akan berterusan.

"Kami juga gembira kerana masyarakat perniagaan di Jepun telah menyatakan ikrar sokongan mereka kepada pelaburan dan kami amat mengharap untuk mengadakan lebih banyak kolaborasi dengan Jepun,” katanya.

Abe dalam ucapannya pula berkata Jepun akan terus menyokong Malaysia dan mengharapkan hubungan Jepun dan Malaysia diperkukuh semula dalam pelbagai bidang dan sektor yang sesuai dengan era baru kini.

“Dasar Pandang Ke Timur adalah lampu isyarat (beacon) dalam hubungan dua hala antara Jepun dan Malaysia,” kata beliau.

Dasar Pandang Ke Timur yang diperkenalkan oleh Dr Mahathir selepas beliau menjadi perdana menteri buat kali pertama pada 1981, menggalakkan Malaysia mencontohi etika kerja dan teknik perniagaan negara-negara Timur, seperti Jepun dan Korea Selatan.

Abe turut menyatakan kekagumannya terhadap inisiatif Malaysia yang tidak henti-henti memperbaiki ketelusan dan mengurangkan hutang negara.

Dr Mahathir kini pada hari terakhir lawatan kerja tiga harinya ke Jepun di mana beliau turut menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa mengenai Masa Depan Asia ke-25 atau Persidangan Nikkei.

Ini adalah kali keempat Dr Mahathir melawat Jepun setelah menjadi Perdana Menteri Malaysia bagi kali kedua selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei tahun lepas. #sumber


Demikianlah Artikel Tun Dr Mahathir Dan Abe Adakan Pertemuan Dua Hala di Tokyo

Sekianlah artikel Tun Dr Mahathir Dan Abe Adakan Pertemuan Dua Hala di Tokyo kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tun Dr Mahathir Dan Abe Adakan Pertemuan Dua Hala di Tokyo dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/05/tun-dr-mahathir-dan-abe-adakan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tun Dr Mahathir Dan Abe Adakan Pertemuan Dua Hala di Tokyo"

Catat Ulasan

Loading...