Loading...

14 Syarikat Penuhi Kriteria Eksport "Musang King" Ke China !

Loading...
14 Syarikat Penuhi Kriteria Eksport "Musang King" Ke China ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 14 Syarikat Penuhi Kriteria Eksport "Musang King" Ke China !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 14 Syarikat Penuhi Kriteria Eksport "Musang King" Ke China !
link : 14 Syarikat Penuhi Kriteria Eksport "Musang King" Ke China !

Baca juga


14 Syarikat Penuhi Kriteria Eksport "Musang King" Ke China !


JOHOR BAHRU - Sebanyak 14 syarikat tempatan didapati memenuhi kriteria untuk mengeksport durian Musang King Malaysia dalam bentuk buah sempurna ke China.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata pihaknya dan juga Kementerian Kesihatan telah membuat penilaian dan mendapati syarikat-syarikat ini memenuhi kriteria dan piawaian yang telah ditetapkan oleh General Administration of Customs of People’s Republic of China (GACC).

“Daripada 14 syarikat ini, tujuh telah dilawati GACC. Syarikat yang dipilih untuk mengeksport durian Musang King untuk fasa pertama ini akan diumumkan Isnin ini,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri Parlimen Pulai anjuran Pakatan Harapan Parlimen Pulai, di sini hari ini.

Salahuddin berkata ini merupakan satu kejayaan besar bagi kementeriannya dan kementerian berkaitan memandangkan keputusan untuk mengeksport buah berkenaan dalam bentuk buah sempurna, diperoleh dalam masa yang singkat.

Bagaimanapun, beliau berkata masih ada peluang bagi syarikat-syarikat yang tidak terpilih untuk mengeksport durian berkenaan sekiranya tidak terpilih pada fasa pertama ini.

Selain eksport durian Musang king secara buah sempurna, beliau berkata potensi eksport durian turut boleh diperkembangkan dengan lebih meluas melalui produk hiliran berasaskan durian memandangkan pasaran China yang besar dan luas.

Meskipun begitu, kementerian juga akan memastikan bekalan untuk pasaran tempatan tetap terpelihara.

Sementara itu, Anggota Parlimen Pulai itu berkata kesemua bekalan barangan kawalan sempena sambutan Aidilfitri dan Hari Gawai adalah mencukupi.

Ini adalah hasil kerjasama dua kementerian serta agensi-agensi berkaitan yang bertungkus lumus dalam memastikan bekalan barangan makanan adalah mencukupi selain harga kawalan sentiasa diikuti, katanya. #sumber


Demikianlah Artikel 14 Syarikat Penuhi Kriteria Eksport "Musang King" Ke China !

Sekianlah artikel 14 Syarikat Penuhi Kriteria Eksport "Musang King" Ke China ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 14 Syarikat Penuhi Kriteria Eksport "Musang King" Ke China ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/06/14-syarikat-penuhi-kriteria-eksport.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "14 Syarikat Penuhi Kriteria Eksport "Musang King" Ke China !"

Catat Ulasan

Loading...