Loading...

Empat Lelaki Di Denda RM1,000 Kerana Bergaduh Di Kuantan !

Loading...
Empat Lelaki Di Denda RM1,000 Kerana Bergaduh Di Kuantan ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Empat Lelaki Di Denda RM1,000 Kerana Bergaduh Di Kuantan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Empat Lelaki Di Denda RM1,000 Kerana Bergaduh Di Kuantan !
link : Empat Lelaki Di Denda RM1,000 Kerana Bergaduh Di Kuantan !

Baca juga


Empat Lelaki Di Denda RM1,000 Kerana Bergaduh Di Kuantan !


KUANTAN - Lima lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret Kuantan hari ini atas tuduhan melakukan pergaduhan beramai-ramai di hadapan sebuah restoran makanan segera dekat Sungai Isap di sini pada awal pagi 19 Jun lalu.

Empat daripada mereka iaitu Muhammad Syamil Muhaimin Ahmad Rizal, 20, dan Muhammad Haziq Aiman Zamani, 20, yang kedua-duanya merupakan pekerja am di Pelabuhan Kuantan di sini mengaku salah sejurus pertuduhan kes itu dibacakan.


Selain itu, dua pelajar sebuah kolej di sini iaitu Afif Shuhairi, 20, serta Muhammad Luqman Hakim Aminullah, 19, turut mengaku salah sejurus pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Majistret Nor Izzati Zakaria.

Nor Izzati menjatuhkan hukuman denda RM1,000 ke atas keempat-empat tertuduh dan mereka juga boleh dipenjara sebulan sekiranya tidak membayar denda tersebut.

Menurut kertas pertuduhan, mereka dituduh melakukan gaduh gempar dengan bergaduh beramai-ramai di hadapan restoran McDonalds cawangan Sungai Isap di sini pada pukul 1 pagi 19 Jun lalu.


Pertuduhan secara bersama tersebut dibuat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sementara itu, seorang daripada lima tertuduh berkenaan, Ahmad Tarmizi Othman, 19, pula tidak mengaku salah dan mahkamah menetapkan ikat jamin RM1,000 serta 11 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes. 

Media pada 20 Jun lalu pernah melaporkan insiden pergaduhan tersebut yang berpunca daripada akibat salah faham membabitkan seorang perempuan. #sumber


Demikianlah Artikel Empat Lelaki Di Denda RM1,000 Kerana Bergaduh Di Kuantan !

Sekianlah artikel Empat Lelaki Di Denda RM1,000 Kerana Bergaduh Di Kuantan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Empat Lelaki Di Denda RM1,000 Kerana Bergaduh Di Kuantan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/06/empat-lelaki-di-denda-rm1000-kerana.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Empat Lelaki Di Denda RM1,000 Kerana Bergaduh Di Kuantan !"

Catat Ulasan

Loading...