Loading...

Jabatan Kesihatan Pahang Ambil Langkah Bagi Atasi Jangkitan

Loading...
Jabatan Kesihatan Pahang Ambil Langkah Bagi Atasi Jangkitan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jabatan Kesihatan Pahang Ambil Langkah Bagi Atasi Jangkitan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jabatan Kesihatan Pahang Ambil Langkah Bagi Atasi Jangkitan
link : Jabatan Kesihatan Pahang Ambil Langkah Bagi Atasi Jangkitan

Baca juga


Jabatan Kesihatan Pahang Ambil Langkah Bagi Atasi Jangkitan


KUANTAN - Jabatan Kesihatan Pahang mengambil langkah kawalan dan pencegahan di beberapa daerah yang bersebelahan dengan Gua Musang ekoran kejadian kluster jangkitan saluran pernafasan dalam kalangan Orang Asli yang berlaku di Kuala Koh.

Pengarahnya Datuk Dr Sha'ari Ngadiman berkata setakat ini, semua klinik kesihatan dan hospital di Jerantut, Lipis dan Cameron Highlands diletakkan dalam keadaan siap siaga dan semakan notifikasi dibuat bagi semua kes berkaitan jangkitan saluran pernafasan.

"Pengesanan kes di kawasan penempatan Orang Asli daripada suku Batek telah dimulakan di Jerantut dan Lipis. Setakat hari pertama aktiviti pengesanan kes, belum ada kluster jangkitan saluran pernafasan ditemui.

"Secara keseluruhan, situasi penyakit berjangkit adalah terkawal dan pegawai kesihatan daerah Jerantut dan Lipis sentiasa memantau trend kejadian kes," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dr Sha'ari berkata nasihat secara individu dan pendidikan kesihatan secara berkumpulan juga diberikan kepada penduduk Orang Asli sebagai langkah mengelakkan penularan jangkitan melalui udara dan sentuhan.

Beliau juga memaklumkan jabatan itu akan terus bekerjasama dengan jabatan dan agensi lain yang terlibat dalam memantau perkembangan kes terlibat. #sumber


Demikianlah Artikel Jabatan Kesihatan Pahang Ambil Langkah Bagi Atasi Jangkitan

Sekianlah artikel Jabatan Kesihatan Pahang Ambil Langkah Bagi Atasi Jangkitan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jabatan Kesihatan Pahang Ambil Langkah Bagi Atasi Jangkitan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/06/jabatan-kesihatan-pahang-ambil-langkah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Jabatan Kesihatan Pahang Ambil Langkah Bagi Atasi Jangkitan"

Catat Ulasan

Loading...